Page 119 - e-Dinamik
P. 119

Tidak perlu untuk kita merasa bahagia baru bersyukur, namun ajarlah diri untuk sentiasa

           bersyukur agar kita mengecap bahagia.


     •     (M) Maafkan kesalahan insan

           Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Setiap orang pasti tidak terkecuali
           dari melakukan kesilapan. Setiap hari sebelum tidur, maafkanlah semua kesalahan insan biarpun
           tindakannya telah mengusik minda, mengguris rasa. Pasti hati akan menjadi tenang dan akan terpadam
           sifat dengki dan dendam dari diri kita. Sematkan dalam hati supaya kita sentiasa menjadi orang yang
           pemaaf, semoga Allah turut jua mengampunkan segala dosa kita.



     •     (A) Allah jua tempat bergantung
           Andai kesusahan datang menghimpit diri, kecemasan bertindih-tindih menghimpit hari, mohonlah

           pertolongan dan restu dari Ilahi dengan hati yang suci murni. Pasti setiap kepayahan itu akan diiringi
           dengan kemudahan dan setiap kesusahan itu disusuli dengan kesenangan. Terkadang hati berkata-kata,
           masalah dilihat seperti raksasa. Lantas kita mengangkat kepala, bertanya kepada Yang Maha Esa.
           Bermonolog sendiri mengapa hajat tidak dipenuhi, permintaan tidak diambil peduli. Duhai hati, ketahuilah
           bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin, ada perkara yang Allah mahu kita

           mengerti.


     •     (N) Niat sebelum memulakan tugas

           Setiap pagi apabila melangkah untuk ke pejabat, pastikan kita memasang niat, menjalankan amanah hanya
           semata kerana Allah. Pasti yang susah akan dipermudahkan oleh-Nya. Tolak tepi kepentingan peribadi.
           Sebagai pemimpin, kita perlu mengutamakan kepentingan organisasi melebihi kepentingan peribadi. Pasti
           ada kemanisan dihujung pengorbanan, ada kejayaan disebalik perjuangan. Janganlah kita melakukan

           sesuatu tugasan itu kerana ingin mendapat pujian dari manusia. Akan tetapi, lakukanlah tugasan tersebut
           kerana kita mengharapkan keredhaan dari Allah yang Maha Esa.


     •     (A) Andai ditimpa musibah, sabar

           Setiap musibah pasti mengandungi permata yang berharga. Hanya orang-orang yang bersabar yang
           mampu memperolehnya. Seperti yang termaktub di dalam surah Al-Baqarah ayat 153:


              ِ ِ  ﺼ ﱠ ﺎ ﺑ ﺮ ﯾ ﻦ َ  َ َ  6  ِ  ﺼ ﱠ ﻼ َ ة ِ إ ن ﱠ ّ َ ﻣ ﻊ ا ﻟ  و ا ﻟ  ِ َ  ﺼ ﱠ ﺒ ْ ﺮ  ِ  ْ  ْ  َ  ﱠ  َ  َ  ﯾ َ ﺎ أ ﯾ ﱡ ﮭ ﺎ ا ﻟ ﺬ ِ ﯾ ﻦ َ آ ﻣ ﻨ ُ ﻮ ا ا ﺳ ْ ﺘ َ ﻌ ِ ﯿ ﻨ ُ ﻮ ا ﺑ ﺎ ﻟ


           “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah

           beserta orang-orang yang sabar” (Q 2:153)

   110
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124