Page 124 - e-Dinamik
P. 124

PELANCARAN UITM – CIMB BIG DATA LAB @ KAMPUS SEGAMAT

        Makmal Data Raya atau lebih dikenali sebagai Big Data Lab (BDL), UiTM Cawangan Johor telah
        ditubuhkan pada Julai 2017 sebagai mendokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk
        melahirkan graduan yang berkemahiran dalam bidang sains data.

        Dalam usaha memastikan penubuhan makmal ini selari dengan kehendak industri, UiTM Cawangan Johor
        telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama industri dengan pihak CIMB Bank Berhad. Melalui
        inisiatif ini, pihak CIMB telah mencadangkan agar infrastruktur yang akan digunakan di makmal ini
        bersesuaian dengan penggunaan di industri bagi membolehkan graduan dari UiTM Cawangan Johor

        mendapat pendedahan awal dalam bidang analitik data dan sedia untuk memasuki dunia pekerjaan.



















        Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pihak UiTM Cawangan Johor dan CIMB telah bersetuju untuk
        menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) yang telah dimeterai secara rasminya pada 29 April
        2019 di UiTM Cawangan Johor. Melalui perjanjian tersebut, kedua-dua pihak telah bersetuju akan

        keterlibatan secara bersama di dalam pembangunan makmal ini.

        Secara dasarnya, pihak CIMB akan memberikan nasihat kepakaran dalam penyediaan infrastruktur
        makmal supaya dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif. CIMB juga akan memberikan latihan
        kepada para pensyarah dalam bidang sains data dan kejuruteraan data. Manakala dari segi prasarana,
        pihak UiTM bertanggungjawab untuk menyediakan makmal yang menepati keperluan perisian yang akan
        digunakan, dan memastikan makmal tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar UiTM. Adalah
        diharapkan penubuhan makmal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga UiTM Cawangan
        Johor sebagai salah satu instrumen yang dapat melahirkan lebih ramai saintis yang berkepakaran dalam
        bidang sains data.



        Disediakan oleh: Mazlyda Abd Rahman, Zuriati Ismail, Nur Huda Jaafar & Rashidah Mokhtar






   115
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129