Page 129 - e-Dinamik
P. 129
DARIPADA UiTM, KEPADA UiTM
Harshida Hasmy, Azyan Yusra Kapi@Kahbi, Nur Syafikah Ibrahim, Azrina
Suhaimi
Sempena Ramadhan 1440H, program “Jualan Amal: Sampul Duit Raya UiTM” berlangsung dengan jayanya
pada 07 sehingga 20 Mei 2019, bertempat di UiTM Pasir Gudang, Johor. Sebanyak 3000 keping sampul raya
edisi terhad berlogo UiTM berjaya terjual dalam program yang dianjurkan oleh pensyarah Sains Komputer dari
Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Pasir Gudang. Bertemakan “Daripada UiTM, Kepada
UiTM”, sambutan yang diberikan oleh warga UiTM amat menggalakkan memandangkan program sebegini
julung kali diadakan. Idea mengenai program ini tercetus sejak tahun sebelumnya dan akhirnya dapat
direalisasikan pada Ramadhan yang lalu. Pelaksanaan program ini melibatkan beberapa gerak kerja bermula
daripada proses merekabentuk sampul raya, pencarian syarikat percetakan, promosi, mencetak sehinggalah
penyerahan serta bayaran.
Program amal ini menyumbangkan 25% daripada keuntungan jualan kepada 20 pelajar asnaf
UiTM Pasir Gudang. Selain itu, warga FSKM dan ahli jawatankuasa turut bersama-sama memberikan
sumbangan duit raya, telekung dan kain pelekat kepada pelajar asnaf berkenaan. Hasil sumbangan telah
diserahkan pada Majlis Kemuncak Ihya’ Ramadhan anjuran Pusat Islam UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir
Gudang yang diadakan pada 20 Mei 2019. Majlis ini turut dihadiri oleh Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof.
Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar dan Penolong Rektor UiTM Pasir Gudang, Prof. Madya Ir Bahardin
Baharom. Menerusi program ini, kemahiran keusahawanan dapat ditingkatkan dalam kalangan ahli
jawatankuasa serta memupuk semangat perpaduan dan kekitaan terhadap institusi UiTM. Pihak FSKM
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada Ramadhan akan datang disamping meraih ganjaran dan
keberkatan-Nya.
Rekaan Sampul Duit Raya Sekitar majlis Kemuncak Ihya’ Ramadhan
120