Page 131 - e-Dinamik
P. 131
PROGRAM PEMANTAPAN KALKULUS ANJURAN FAKULTI SAINS KOMPUTER
DAN MATEMATIK
Aishah Mahat
Program Pemantapan Kalkulus anjuran Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Johor Kampus
Pasir Gudang telah berlangsung pada 27 Oktober 2018 yang lalu. Program ini merupakan sebuah program
inisiatif bagi membantu para pelajar yang mempunyai pencapaian yang kurang memberangsangkan di dalam
ujian 1 bagi kod kursus MAT183 serta ia terbuka kepada pelajar yang berminat dan ingin skor A dalam
peperiksaan akhir nanti. Program yang berlangsung selama separuh hari ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi
pertama diwakili oleh Dr Ng Set Foong manakala sesi kedua dikendalikan oleh penceramah jemputan dari luar
iaitu Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Ahmad.
Melalui sesi pertama program, penceramah menitikberatkan asas kemahiran matematik
serta mengenalpasti kesalahan dalam kaedah pemfaktoran. Penceramah juga menunjukkan kesilapan yang
biasa dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan kalkulator saintifik. Nota berkaitan asas kemahiran matematik
serta kaedah menjawab soalan peperiksaan dihuraikan dengan lebih mendalam oleh penceramah. Pada sesi
kedua program, penceramah jemputan telah memulakan aktiviti pertama dengan tajuk ‘SIAPA ANDA’. Para
pelajar dikehendaki menulis nama sekolah dan nama guru yang pernah mengajar mereka sewaktu awal
persekolahan sehingga sekarang. Aktiviti kedua adalah berkaitan dengan ‘KENALI DIRI’. Pelajar perlu
menyenaraikan kelebihan dan kekurangan barang-barang yang diberikan melalui gambar iaitu payung,
jentolak, paku dan belon dan membuat kesimpulan dengan barang-barang tersebut. Aktiviti ketiga adalah
menyanyi lagu yang dapat memberi semangat kepada pelajar. Aktiviti yang terakhir adalah menonton video
yang berkisar dengan elemen nilai-nilai murni.
Kesimpulan, program ini wajar diteruskan pada masa akan datang bagi membantu
meningkatkan tahap kefahaman di samping memperlengkapkan diri pelajar untuk menghadapi peperiksaan
akhir.
Penerangan ringkas Penceramah melakukan Para pelajar yang
oleh Dr Ng Set Foong aktiviti semasa sesi mengikuti program
kedua
122