Page 136 - e-Dinamik
P. 136

Selain pendekatannya yang mampu meminimumkan unsur ketakpastian (uncertainty) dan maklumat yang
      tidak lengkap (incomplete information), pendekatan sebegini sangat membantu para penilai untuk menilai

      serta membuat keputusan dengan lebih tepat serta meyakinkan. Oleh itu tidak hairanlah idea ini sekarang
      sangat aktif diulas, diuji dan ditambahbaik daripada pelbagai aspek saintifik khususnya dalam kaedah operasi,
      aksiom, dan ciri-ciri khusus yang lain. Dapatan kajian terkini menunjukkan penggunaan Nombor-Z ini telah
      merangkumi pelbagai kategori penyelesaian daripada masalah mudah hingga ke penyelesaian yang rumit
      merangkumi masalah seperti pembuat-keputusan multi-kriteria, peramalan,  penganggaran, kawalan, dan

      banyak lagi. Justeru, potensinya dapat dimanfaatkan dalam hampir semua bidang seperti perniagaan,
      perakaunan, pelaburan, teknologi maklumat, pertanian, kejuruteraan, astronomi, dan lain-lain.



      Memandangkan idea atau teori ini masih baharu lagi diperkenalkan (sekitar 8 tahun), peluang ini seharusnya
      dapat digarap segera oleh para penyelidik terutama mereka yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke
      peringkat ijazah kedoktoran (Ph.D). Ini berdasarkan fakta bahawa masa depan lanjutan atau peluasan teori ini
      dan penggunaannya masih lagi luas untuk diteroka secara lebih tuntas dan mendalam. Oleh itu, dapatan
      kajian mereka kelak dapat membantu menyumbang kepada penambahan ilmu baharu atau sekurang-

      kurangnya mampu memperluas ilmu mereka dalam bidang baharu.





















   127
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141