Page 133 - e-Dinamik
P. 133

MASA DEPAN MURID TAHFIZ LEBIH CERAH MELALUI PROGRAM INTERVENSI TAHFIZ SWASTA


                                    Penulis: Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad




      Pada 15 April 2019 yang lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah melancarkan program Intervensi
      Murid Sekolah Tahfiz Swasta (IMSTS) fasa pertama. Program ini membuka peluang lebih luas kepada murid
      sekolah tahfiz swasta menceburi bidang akademik agar mereka mampu berdaya saing dalam pasaran kerja

      atau kemasukan ke universiti awan dan universiti swasta.

      Program IMSTS telah dilaksanakan secara rintis selama dua tahun (2017-2018) di SMK Bekok, Segamat, Johor

      dengan kerjasama Kolej Islam Johor (MARSAH) yang menawarkan program Diploma Tahfiz wal Qiraat dan
      diberi biasiswa selama tiga tahun oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Pada tahun 2017, seramai 11 orang

      telah mengikuti program ini dan 23 orang pada tahun 2018 dengan mengambil tujuh mata pelajaran sahaja iaitu
      enam mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pilihan (Tasawur). Walaubagaimanapun, mereka

      dibenarkan untuk menambah mata pelajaran pilihan yang lain seperti Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan

      Sunnah dan lain-lain secara sendiri. Pada tahun pertama rintis, seorang pelajar peroleh 7A dalam SPM,
      manakala pada tahun kedua rintis dua orang pelajar peroleh 6A dan dua orang pelajar peroleh 5A. Oleh yang

      demikian program rintis ini dianggap berjaya dan telah memberi impak yang positif khususnya dari aspek akses
      pendidikan yang berkualiti di sekolah ini.


      Kejayaan SMK Bekok telah mendorong KPM melancarkan fasa pertama pelaksanaan program IMSTS di empat
      buah sekolah arus perdana iaitu SMK Bekok dan SMK Benut di Johor, serta SMK Desa Cempaka dan Maahad

      Tahfiz Al-Quran An Najiah Nilai di Negeri Sembilan dengan peruntukan dana sebanyak RM7000.00 bagi setiap
      sekolah. Jumlah sekolah akan ditambah dari semasa ke semasa.


      Program IMSTS merupakan inisiatif pendidikan secara intensif dan bersistematik kepada pelajar tahfiz swasta
      berumur 17 hingga 18 tahun sahaja sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan SPM. Bagi pelajar

      yang berumur 18 tahun, permohonan perlu dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri untuk kemasukan ke sekolah

      kerajaan. Penambahan sekolah yang mengambil bahagian dalam program IMSTS akan memberi peluang
      kepada lebih ramai lagi pelajar tahfiz mengikuti pendidikan arus perdana dan memiliki sijil SPM. Seterusnya,

      peluang mereka untuk menyambung pelajaran di universiti atau mendapat pekerjaan lebih terbuka luas selaras
      dengan saranan Menteri Pendidikan untuk melahirkan lebih ramai tahfiz profesional.



                                                                                                     124
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138