Page 130 - e-Dinamik
P. 130

PROGRAM MENTOR MENTEE MAT235

                               Aishah Mahat, Muhammad Amir Zikri Azmi




          Baru-baru ini pada bulan April 2019, Fakulti Sains Komputer Dan Matematik telah menganjurkan Program
          Mentor Mentee bagi setiap kelas di UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Program ini diadakan ekoran
          keputusan ujian 1 bagi Calculus II yang kurang memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran seperti yang
          diramal oleh para pensyarah. Rata-rata pelajar yang memperoleh markah yang tidak memuaskan akan dipilih

          untuk menyertai program ini dengan tujuan dapat memperbaiki kemahiran serta pengetahuan mereka bagi
          menghadapi ujian dan peperiksaan akhir yang akan datang. Program ini disertai seramai 10 orang pelajar serta
          diiringi dengan dua orang mentor. Mentor tersebut merupakan pelajar yang telah dipilih oleh pensyarah

          masing-masing di kalangan mereka yang mendapat keputusan ujian 1 MAT235 yang tertinggi dalam kelas
          masing-masing serta mempunyai kemampuan untuk mengajar mentee dengan cara yang lebih efisien.
                        Mentor diberi tanggungjawab oleh pensyarah untuk mengadakan sekurang-kurangnya empat
          kali kuliah iaitu mengajar kepada mentee-mentee dan masa kuliah tersebut boleh ditentukan oleh mentor.
          Kuliah-kuliah tersebut perlu dilaksanakan sebelum tarikh yang telah ditentukan iaitu tarikh di mana mentee-

          mentee perlu mengambil semula ujian 1 MAT235. Selain memberi lebih pengukuhan tentang kemahiran
          menjawab soalan, program ini memberi manfaat yang lebih besar kepada pelajar. Berbeza dengan kuliah
          seharian, program ini memberikan keselesaan kepada mentee-mentee untuk bertanya seberapa banyak soalan

          yang mereka mahu ajukan. Tambahan pula, bilangan pelajar yang menyertai program ini adalah lebih sedikit di
          mana ia memberikan peluang dan masa yang mencukupi kepada mentor-mentor untuk memberikan
          penerangan yang jelas kepada mentee-mentee yang hadir pada ketika itu.
                        Kesimpulannya, program mentor mentee ini dapat memberi kebaikan positif kepada pelajar.
          Program seperti ini sewajarnya dipertingkatkan lagi disebabkan sifat keterbukaan dan suasana pembelajaran

          yang lebih selesa serta kondusif kepada pelajar. Diharap pihak fakulti dapat mengambil kira faktor tersebut
          dengan menitikberatkan penganjuran program-program berkualiti seperti ini pada masa akan datang.

















                               Gambar semasa program Mentor Mentee MAT235 dijalankan


   121
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135