Page 126 - e-Dinamik
P. 126
PROGRAM SCHOOL ATTACK STEM
Sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap jumlah pelajar dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah 60 peratus berbanding 40 peratus untuk bidang sains sosial
masih belum tercapai kerana bidang STEM dilihat semakin tidak digemari. Bukti jelas apabila permohonan
kemasukan pelajar dalam bidang STEM merosot. Oleh itu, pihak UiTM telah mengambil usaha untuk
membantu mempromosikan bidang STEM kepada para pelajar sekolah.
Pada 29 September 2018 yang lalu seramai 6 pensyarah dan 30 pelajar semester akhir Diploma Sains
Matematik telah mengadakan program ukhuwah bersama pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat. Program ini telah dianjurkan oleh SIG FSKM UiTM Johor:
Dynamic, Applied and Computational Mathematics (DACoM).
Antara pengisian program adalah memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang pengalaman sebagai
mahasiswa dan mahasiswi universiti di samping mempromosikan program Diploma Sains Matematik dan
Diploma Sains Komputer. Beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu ‘explorace’, pertandingan mereka cipta
aplikasi matematik, persembahan multimedia aplikasi matematik dan matematik dalam tarian. Melalui aktiviti
tersebut, pelajar Diploma Sains Matematik dapat mempelajari pengendalian sesebuah program dan
pengucapan awam sebagai persedian untuk mereka meneruskan langkah lebih jauh dalam kerjaya apabila
telah tamat pengajian kelak. Selain itu, program ini dapat mewujudkan jalinan kemasyarakatan antara FSKM
UiTM cawangan Johor kampus Segamat dengan warga SMKA Segamat. Nilai-nilai murni juga dapat
diterapkan kepada pelajar UiTM seperti bekerjasama, berani, bertolak ansur dan nilai kepimpinan.
Disediakan oleh: Dr. Shamsatun Nahar binti Ahmad
117