Page 125 - e-Dinamik
P. 125

AKTIVITI LATIHAN DATA RAYA DENGAN KERJASAMA CIMB


         Melalui jalinan kerjasama CIMB dan UiTM Johor, salah satu persetujuan yang telah dicapai bersama
         ialah peluang latihan dalam bidang sains data dan kejuruteraan data, selari dengan matlamat
         penubuhan Makmal Data Raya (BDL) untuk memberi pendedahan serta latihan kepada para pensyarah
         dalam bidang tersebut. Latihan-latihan tersebut disediakan oleh pihak CIMB di mana sebahagiannya

         dijalankan di kampus.


         Sehubungan itu, pihak pengurusan BDL telah menganjurkan dua bengkel iaitu Traing of Trainers: Data

         Science Training with R Programming yang telah diadakan pada 6-7 Ogos 2018 bersama penceramah
         En. Ng Wai Keat, En. David Gan Sing Hwa dan En. Aswadi Abdul Rahman, serta Training of Trainers:
         Hadoop Fundamentals pada 5 April 2018 Bersama penceramah En. Adi Yusman Md. Yusof.























         Kedua-dua latihan tersebut telah dijalankan dengan jayanya dan sangat membantu para pensyarah
         terutama dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0. Pelbagai latihan juga telah dirancang
         termasuklah latihan yang akan dilaksanakan di CIMB.



         Selain latihan berbentuk bengkel, para pensyarah juga berpeluang menjalani sangkutan industri di
         CIMB. Latihan-latihan di bawah trek sains data membantu para pensyarah melaksanakan aktiviti
         penyelidikan terutamanya untuk tujuan analisis data manakala trek kejuruteraan data pula membantu
         para pensyarah untuk menyediakan data bagi tujuan analisa.


         Disediakan oleh: Zuriati Ismail, Mazlyda Abd Rahman, Nur Huda Jaafar & Rashidah Mokhtar






                                                                                                      116
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130