Page 127 - e-Dinamik
P. 127

BENGKEL KEMAHIRAN PENDIDIKAN SENI BATIK SOFT TOYS BERSAMA PKAYIS





        Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor bersama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR),
        UiTM Cawangan Melaka buat julung kalinya memupuk kerjasama melalui kolaborasi bersama Pertubuhan

        Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Segamat (PKAYIS). Program satu hari ini melibatkan enam
        orang pensyarah UiTM dan 58 orang anak-anak yatim telah diadakan pada 21 Januari 2019 bertempat di
        Dewan Darul Saadah, PKAYIS. Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni, UiTM
        Cawangan Johor turut hadir dan memberi sokongan padu dalam program ini.



        Objektif utama program adalah para peserta dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran praktikal,
        memupuk budaya kreatif dan inovasi melalui kerja berkumpulan, memberi ruang dan peluang kepada
        peserta untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi dalam projek inovasi mengikut kreativiti peserta

        berdasarkan bahan dan garis panduan yang dibekalkan serta mewujudkan jalinan kolaborasi antara
        universiti dan masyarakat setempat.


        Dalam program ini, Pensyarah FSSR, Encik Rafuzan Jaafar telah berkongsi idea, kepakaran dan
        pengalaman beliau dalam merekabentuk patung-patung “soft toys” berasaskan bentuk haiwan

        menggunakan kain batik Malaysia. Para peserta diberi bahan seperti kain batik serta peralatan menjahit
        untuk menyiapkan anak patung mereka. Seterusnya mereka diajar cara-cara menjahit dan mencantumkan
        bahan-bahan untuk dijadikan anak patung mengikut kreativiti sendiri. Yang Dipertua PKAYIS, Tuan Haji

        Taher Masri melahirkan rasa terima kasih kepada pihak UiTM yang telah sudi menjayakan program ini bagi
        menambah pengetahuan dan kemahiran anak-anak yatim di sini.





















        Disediakan oleh: Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon dan Nurulzulaiha binti Sa’udah @ Suhadak



                                                                                                      118
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132