Page 134 - e-Dinamik
P. 134

Namun, tidak mudah memberi pendidikan terbaik kepada pelajar tahfiz dalam tempoh yang singkat. Pihak
      sekolah perlu menyediakan modul khas untuk mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris kerana

      kebanyakan pelajar tahfiz swasta tidak mendapat pendidikan akademik secara formal dari Tingkatan 1 hingga
      Tingkatan 4. Sebahagian pula tiada langsung asas akademik sekolah rendah. Justeru, selain buku teks dan

      buku rujukan sedia ada, nota tambahan perlu diwujudkan. Guru juga perlu mengadakan kelas tambahan
      sebelah petang atau hujung minggu serta latihan yang berterusan supaya pelajar program IMSTS Tingkatan 5

      dapat bersaing secara positif dengan pelajar Tingkatan 5 yang lain dari segi pencapaian akademik.

      Inisiatif KPM mewujudkan program intervensi murid tahfiz swasta telah memberi sedikit kelegaan kepada para

      ibu bapa anak-anak tahfiz. Secara tidak langsung KPM telah menyediakan satu saluran yang sangat baik untuk

      murid-murid tahfiz swasta demi masa depan yang lebih cerah.

































                                                 Gambar hiasan













   125
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139