Page 139 - e-Dinamik
P. 139

Mungkin kita tidak faham apakah itu kemurungan dan mengapa pesakit perlu makan ubat kerana kita
          tidak dapat melihat sakit mereka dengan mata kasar. Tetapi kita perlu faham bahawa ubat merupakan
          satu usaha dan ikhtiar untuk sembuh daripada apa jua penyakit sekalipun. Oleh sebab itu pesakit

          mental juga akan dinasihatkan oleh doktor pakar psikitari untuk mengambil ubat selain menjalani sesi
          terapi atau kaunseling bersama ahli psikologi yang bertauliah.


          Kita tidak tahu apakah yang telah dialami pesakit sehingga mereka menderita kemurungan. Maka

          dengan itu siapalah kita untuk menghakimi. Kita seharusnya menghormati dan bersimpati dengan
          keadaan mereka. Katakan kepada mereka bahawa mereka tidak keseorangan dan mereka boleh pulih
          jika tidak berputus asa. Bersedia untuk mendengar dan berkongsi pendapat. Setiap yang berlaku pasti
          ada hikmahnya. Semoga dengan sedikit dorongan daripada sahabat karib, keluarga dan orang

          sekeliling akan dapat memberi pesakit semangat seterusnya menyegerakan proses pemulihan.
          Berhenti menghukum dan melabel. Percayalah bahawa kita mampu melakukan perubahan.



























                                              Gambar hiasan















                                                                                                     130
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144