Page 142 - e-Dinamik
P. 142
PENGARUH DAN KESAN TERHADAP TELEFON PINTAR
Aishah Mahat, Siti Nurul Izah Musa, Putera Haikal Iskandar Syamsudin
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin pesat di persada dunia bersama dengan penciptaan dan pembaharuan dalam penggunaan teknologi
yang serba canggih di mata dunia. Namun demikian, secara tidak langsung penggunaan teknologi memberi
1001 faedah kepada masyarakat sekeliling dan menjadi titik tolak kepada anjakan paradigma kelakuan
masyarakat pada zaman kini. Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi memberi ruang dan peluang kepada
manusia dalam memudahkan urusan kehidupan seharian. Dalam menikmati segala kebaikan teknologi,
wujudnya keburukan di sebalik penghasilan tersebut. Sebagai contoh teknologi yang utama digunakan oleh
semua masyarakat dunia adalah telefon, yang mana dari sebuah telefon bimbit yang besar sehingga wujudnya
telefon pintar atau ‘smartphone’.
Dengan itu, penggunaan telefon pintar ini telah memberi kesan yang baik dan kadangkala
wujudnya kesan buruk yang menjadi satu virus yang tersebar dalam masyarakat sekeliling. Antara penggunaan
yang bermanfaat terhadap telefon pintar adalah memudahkan pencarian maklumat dengan pantas. Hal ini
dikatakan demikian kerana segala perkara dan maklumat yang diingini kini dapat dikecapi dengan sekelip mata
sahaja. Dengan ini segala maklumat dan kerja seharian menjadi mudah dan senang. Seterusnya juga,
penggunaan telefon pintar dapat melahirkan masyarakat yang serba tahu walhal perkara yang jarang diketahui
dapat dipelajari dengan mudah. Oleh yang demikian, tiada alasan untuk diberikan bak kata pepatah ‘Orang
mengantuk disorongkan bantal’. Dengan ini, penggunaan telefon pintar pada masa kini menjadi salah satu alat
mudah alih yang dapat membantu manusia dengan mudah serta segala jenis perkerjaan dapat digunakan
untuk mengakses maklumat tersebut.
Berdasarkan pemikiran minda kelas pertama, mengatakan bahawa penggunaan telefon
pintar juga dapat memberi kesan buruk kepada masyarakat sekeliling. Pelbagai gejala dan masalah yang telah
berlaku sekaligus menjadi polemik ibu bapa terhadap penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka.
Antaranya, penggunaan teknologi ini dapat menyebabkan anak - anak begitu malas untuk mencari informasi
dan melakukan kerja yang diberikan dengan bersungguh-sungguh malahan mereka hanya ‘copy & paste’ secara
bulat-bulat tanpa mengubah struktur informasi tersebut. Selain itu, keburukan dalam kalangan masyarakat
adalah disebabkan terdapat aplikasi dalam telefon pintar yang menjadi satu ‘platform’ untuk menyebarkan
maklumat yang tidak benar sekaligus diikuti oleh orang lain dan terus tersebar tanpa sebarang kesahihan yang
dibuat.
133