Page 140 - e-Dinamik
P. 140
TEKNIK MENYIMPAN DUIT DENGAN MUDAH
Penulis: Rusnani binti Mohamad Khalid
Menyimpan duit bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pengurusan kewangan yang baik dan efektif
adalah perlu bagi memastikan pengaliran wang keluar dan masuk teratur. Beberapa Teknik
menyimpan duit boleh dipraktikkan untuk mendisplinkan diri menyimpan duit.
Teknik pertama ialah Teknik Tanpa Sedar. Teknik ini boleh digunapakai oleh mereka yang bekerja
untuk membuat potongan bulanan secara automatik ke akaun lain setelah gaji dikreditkan. Contohnya
pemotongan ke akaun Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dengan cara ini, tanpa
sedar wang dalam simpanan akan bertambah bulan ke bulan.
Teknik kedua ialah Teknik Duit Unik. Teknik ini menarik kerana para penyimpan perlu mencari satu
duit yang dianggap unik. Contohnya, penyimpan menganggap wang kertas RM1 sebagai unik. Pada
setiap hari, selepas pulang dari kerja, segala duit unik perlu dimasukkan ke dalam tabung. Teknik ini
menjadi seronok sekiranya suami atau isteri dan anak-anak menyimpan duit unik ini ke dalam satu
tabung untuk bercuti, kecemasan atau simpanan masa hadapan.
Teknik seterusnya ialah Teknik Bantuan. Teknik bantuan ini adalah satu cara untuk menyimpan wang
tunai secara berdisiplin. Teknik ini dilaksanakan dengan meminta bantuan dari ahli keluarga terdekat
seperti ibu, bapa atau adik beradik untuk menyimpan wang secara bulanan. Dengan cara ini,
penyimpan akan berdisiplin untuk memberi wang kepada ahli keluarga secara berkala untuk
disimpan.
Teknik keempat ialah Teknik Paksa Rela. Teknik paksa rela ini bertujuan untuk menggalakkan
penyimpan menyipan duit secara bulanan. Sebagai contoh, peminjam membuat pinjaman ASB.
Peminjam membuat pinjaman ASB tetapi wang itu digunakan untuk membuat pelaburan. Setiap
peminjam akan menjadi disiplin untuk membayar pinjaman secara bulanan dan pada masa yang
sama, peminjam akan mendapat dividen dari jumlah wang yang dilaburkan.
131