Page 144 - e-Dinamik
P. 144

PENERBANGAN XX2121 YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT KU LUPAKAN
                                   Nukilan: Prof. Madya Dr. Zamali Haji Tamudi



      Hening Subuh hari Jumaat tanggal 22hb November 2013, seperti biasa aku bangun awal untuk sujud
      kehadratNYA sebelum bersiap untuk tugasan rasmi di luar kampus. Kira-kira jam 5.45 pagi lagi aku dijemput
      oleh pemandu di rumah dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kira-kira jam
      6.15 pagi. Suasana hening dan sederhana sibuk di LTAKK merupakan fenomena biasa dan aku terus
      membuat pendaftaran penerbangan pergi dan balik menggunakan mesin kiosk yang disediakan. Maklumlah

      tugas rasmi ini merupakan program ramah mesra pelajar Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM
      Tawau bersama penyelaras yang dijadual berlangsung sebelah petang.



      Setelah mendapat pas masuk, aku terus menuju masuk ke dewan pelepasan A4. Kira-kira jam 6.50 pagi,
      pengumuman keberangkatan XX2121 menuju ke Tawau dibuat. Hatiku berasa sangat bersyukur disebabkan
      waktu pelepasannya tepat seperti yang dijadualkan. Aku melangkah masuk seperti biasa dan duduk di
      sebelah kanan pesawat tepi tingkap kerusi bernombor 17F. Suasana riuh semasa proses mengambil tempat
      duduk para penumpang adalah lumrah dan tidak lama selepas demonstrasi keselamatan dibuat, kapal terbang

      mula mengundur dan begerak menuju ke landasan pelepasan.


      Aku masih teringat sebelum penerbangan dibuat, juruterbang sempat membuat ujian beberapa kali

      mengembangkan sayap yang aku faham benar ia adalah prosedur biasa. Namun yang sedikit pelik, semasa
      diuji ia mengeluarkan bunyi yang sedikit kuat daripada kebiasaannya. Aku terus teruja untuk menikmati
      penerbangan ini, dan mengikut pengumuman oleh ketua paramugara “…penerbangan ini akan memakan
      masa kira-kira 40 minit….” untuk sampai ke Tawau. Kapal terbang terus memecut laju untuk berlepas dan
      tidak lama selepas itu, kami telah berada di udara bagi menikmati pemandangan waktu pagi yang amat indah.

      Sebaik isyarat tali pinggang keledar dimatikan, kapal terbang terus bergerak seperti biasa.


      Kira-kira 20 minit kemudian, aku mula berasa hairan kerana kapal terbang ini seolah-olah hanya berlegar-

      legar di kawasan yang sama. Jelas melalui tingkap, aku terpandang pemandangan daratan yang sedikit kabur
      seakan-akan kawasan pantai di sekitar Kota Kinabalu. Hatiku terdetik, mungkinkah kapal terbang ini
      mengalami masalah dan akan berpatah balik? Sedang aku berteka-teki, tiba-tiba juruterbang dengan tenang
      (tanpa menunjukkan perasaan cemas) membuat pengumuman penting dalam bahasa Inggeris bermaksud:
      “Tuan-tuan dan puan-puan, untuk makluman para penumpang, penerbangan kita terpaksa berpatah balik ke

      LTAKK dan segala urusan selanjutnya akan diurus oleh staf kami yang telah dimaklumkan”.



   135
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149