Page 141 - e-Dinamik
P. 141

Teknik terakhir ialah Teknik Main Kutu. Teknik ini boleh digunakan dalam menyimpan duit secara
          berdisiplin. Teknik ini biasa dipraktikkan oleh masyarakat melayu dari dulu lagi. Dengan teknik ini,
          mereka yang bermain kutu akan mendapat sejumlah wang yang banyak dan mengikut giliran yang

          telah ditetapkan. Contohnya setiap pemain menyimpan RM100 selama sepuluh bulan. Ini bermakna
          mereka yang mendapat giliran pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000. Permainan
          kutu akan diteruskan sehingga sepuluh bulan sehingga semua giliran habis. Perlu diingatkan,
          permainan ini perlulah dimain dengan mereka yang dikenali dan rapat sahaja bagi megelakkan

          penipuan.


          Dengan menggunapakai beberapa teknik yang disebut di atas, penyimpan dapat menyimpan duit
          dengan mudah tanpa rasa di paksa. Dengan cara ini, penyimpan akan menjadi disiplin dan wang pun

          dapat disimpan dengan mudah.































                                                Gambar hiasan













                                                                                                     132
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146