Page 138 - e-Dinamik
P. 138

KEMURUNGAN PERLU MAKAN UBAT?

                                       Penulis: Noor Syazana binti Ngarisan


        Mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran kebanyakan daripada kita bahawa seseorang itu perlu

        mengambil ubat hanya disebabkan oleh tekanan perasaan. Berbeza dengan makanan tambahan atau
        vitamin, perbuatan mengambil ubat selalunya dikaitkan dengan penyakit. Jika seseorang itu perlu
        mengambil ubat kita beranggapan mestilah dia sakit atau kurang sihat. Apatah lagi jika ubat itu perlu
        diambil secara berkala, pasti ramai antara kita akan mengandaikan penyakit yang dihidapinya kronik dan
        boleh mengancam nyawa.



        Jadi apabila berhadapan dengan situasi di mana seseorang itu perlu mengambil ubat kerana tekanan
        perasaan atau lebih tepat disebut sebagai kemurungan atau depresi, masyarakat kita sukar untuk

        memahaminya dan mula memandang serong. Umumnya masyarakat suka mengkategorikan sakit itu
        hanya pada fizikal dan tidak pada mental. Kemurungan dianggap berpunca daripada kelemahan diri
        sendiri. Pesakit dikatakan terlalu manja, tidak tahan dengan cabaran, tidak cukup iman atau melupakan
        Tuhan. Inilah antara stigma terbesar yang perlu dihadapi pesakit kemurungan.



        Sebenarnya masalah seperti kemurungan atau kebimbangan melampau (anxiety) adalah sebahagian
        daripada masalah kesihatan mental. Kemurungan berbeza dengan stress. Hanya doktor pakar psikitari
        boleh memberi diagnos kemurungan atau MDD (major depressive disorder) seterusnya memberi preskripsi

        ubat kepada pesakit.


        Pertamanya bukan mudah untuk pesakit sendiri menerima hakikat bahawa mereka memerlukan bantuan.
        Proses ini memerlukan keberanian. Apatah lagi jika pesakit keseorangan tanpa sokongan atau dorongan
        sesiapa. Lebih memudaratkan jika pesakit tiada ilmu tentang ke mana hendak dituju atau apa perlu

        dilakukan. Bila pesakit sudah bersedia menerima rawatan mereka perlu pula memikirkan pandangan
        masyarakat kerana bimbang dilabel sebagai gila atau tidak siuman.



        Pesakit akan jadi lebih tertekan kerana malu dan akhirnya memilih untuk tidak meneruskan rawatan.
        Akibatnya mereka gagal pulih dan tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik. Simptom kemurungan
        seperti kesedihan melampau yang berpanjangan, fungsi hidup harian terjejas dan pola tidur terganggu
        akan berterusan. Keadaan ini akan membawa kepada kesan yang lebih buruk seperti halusinasi dan
        keinginan untuk bunuh diri (suicidal thought).






   129
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143