Page 135 - e-Dinamik
P. 135

PENGENALAN KEPADA NOMBOR- Z DAN POTENSI PENGGUNAANNYA DI MASA DEPAN
                                   Penulis: Prof. Madya Dr. Zamali Haji Tamudi



      Sejak diperkenalkan oleh Prof. Ir. Dr. Lutfi Zadeh pada tahun 2011, kini idea atau teori Nombor-Z semakin
      mendapat perhatian terutamanya oleh warga penyelidik di seluruh dunia. Teori ini berasaskan teori set kabur
      (fuzzy set) yang diperkenalkan olehnya pada tahun 1965 serta konsep pengiraan dengan perkataan
      (computing with words) yang diperkenal beberapa tahun kemudian.



      Umumnya Nombor-Z ditakrifkan seperti berikut:
      Nombor-Z ialah pasangan tersusun yang diwakili Z = (A, B) yang A ialah nombor kabur yang menjelaskan nilai
      kekangan kabur, juga merupakan pembolehubah rawak X; contohnya mengukapkan “X ialah A”:; sementara B

      ialah nombor kabur dengan fungsi keahlian µ B :[0,1] ® [0,1], yang mewakili kekangan kabur dengan memberi
      ukuran atau nilai kebarangkalian, tahap kepastian, kesahihan penilaian yang dibuat terhadap A.


      Berdasarkan takrifan di atas, jelas menunjukkan bahawa pendekatan Nombor-Z sangat berbeza berbanding
      dengan teori-teori set yang wujud sebelumnya seperti set biasa/dedua (binary), set kabur, set kabur intuisi, set

      kasar (rough set), dan lain-lain. Ia menggunakan pendekatan penilaian secara ungkapan biasa (usual
      expression) iaitu diwakili oleh komponen A dalam menilai sesuatu atribut dan disertakan serentak dengan nilai
      ungkapan tahap kepastian/kesahihan iaitu komponen B, terhadap atribut yang dinilai dalam A. Beberapa

      contoh mudah dapat diberi seperti berikut:


      Contoh 1:
      (Harga minyak RON95 dijangka meningkat kepada RM2 seliter minggu hadapan, Agak pasti)


      Contoh 2:
      (Peratus kelulusani pelajar CS akan menurun kepada 75% pada semester depan, Sangat pasti), dan

      Contoh 3:

      (Bursa Malaysia akan diramal menjunam kepada paras 750 mata pada awal tahun 2020, Pasti)
      Jadual di bawah menunjukkan bagaimana struktur Nombor-Z menilai sesuatu atribut (X) dinilai dengan nilaian
      tertentu (A), disertakan dengan tahap kepastian terhadap A diberi oleh ungkapan B.










                                                                                                     126
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140