Page 145 - e-Dinamik
P. 145
Sah sangkaanku sebelum ini, yang kapal terbang ini berpatah balik dan mendarat semula di
LTAKK. Sebaik pengumuman dibuat, ia terus berlegar-legar dalam tempoh yang agak lama dan
selanjutnya membuat pendaratan. Aku sempat menoleh pada para penumpang yang lain di
sekelilingku. Raut muka mereka tampak kehairanan namun suasana sunyi sepi.
Sebaik pendaratan dibuat, kelihatan di hujung landasan tiga buah kereta bomba/penyelamat
lapangan terbang telah bersiap sedia dengan nyalaan siren yang begitu menggusarkan.
Allahuakhbar!!!, Allhuakhbar!!!, Allahuakhbar!!!, dan aku beristighfar berulang kali apabila tersedar
bahawa pendaratan semula yang baru aku alami sebentar tadi rupa-rupanya adalah berstatus
‘kecemasan’. Setelah kapal terbang selesai mendarat, ketua paramugara terus membuat
pengumuman yang mengarahkan semua penumpang keluar meninggalkan kapal terbang dengan
segera atas masalah mekanikal.
Gambar hiasan
Aku dan para penumpang lain terus meninggalkan kapal terbang dengan membawa satu
pengalaman iktibar yang tidak pernah aku alami sepanjang 18 tahun menaiki penerbangan sama
ada untuk tujuan rasmi mahupun atas urusan peribadi. Namun apabila aku berfikir semula, aku
amat bersyukur kehadratMU Ya Allah, atas keselamatan yang KAU kurniakan khususnya kepadaku
dan keluargaku selama ini. Aku sentiasa berdoa agar aku, keluargaku, dan rakan-rakan sejawatku
dijauhkan daripada ditimpa kemalangan udara yang pastinya jika berlaku akan menjadi sejarah
hitam bagiku buat selama-lamanya. Na’huzubillahhi min zalik.
136