Page 150 - e-Dinamik
P. 150
CERPAN: KESEMPITAN HIDUP BUKANLAH JAMBATAN KEGAGALAN
Ahmad Khudzairi Khalid
Nasuhah (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar yang sangat baik. Keluarga Nasuhah sangat miskin.
Mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang usang. Nasuhah ialah anak sulung daripada 3 orang adik-beradik.
Ayahnya bekerja sebagai seorang buruh pada waktu pagi dan sebagai pengawal keselamatan pada waktu
malam untuk menambah pendapatan keluarga yang tidak seberapa. Ibu Nasuhah pula hanya seorang suri
rumah yang menjual nasi lemak sebagai pendapatan sampingan. Gaji ayah Nasuhah tidak cukup untuk
menampung semua keperluan keluarga mereka. Namun begitu, Nasuhah faham akan keadaan keluarganya
dan dia bertekad untuk mengubah nasib keluarga mereka dengan belajar bersungguh-sungguh hingga ke
menara gading. Selepas tamatnya peperiksaan SPM, Nasuhah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran dan
dia juga menolong ibunya menjual nasi lemak berdekatan dengan sekolah adiknya. Duit gaji yang diperolehi
olehnya disimpan untuk kegunaan pada masa depan kelak. Hari yang dinantikan iaitu pengambilan keputusan
SPM telah tiba, berkat usaha dan doa daripada ibu bapa Nasuhah, alhamdulillah Nasuhah memperoleh
keputusan yang sangat memuaskan. Pada pertengahan Julai 2018, Nasuhah mendapat tawaran untuk
menyambung pelajaran dalam bidang Perniagaan dan Pengangkutan di UiTM Johor Kampus Pasir Gudang. Dia
sangat gembira apabila mendapat tawaran tersebut tapi pada masa yang sama dia berasa sedih dan risau akan
keadaan keluarganya. Permohonan Nasuhah untuk mendapatkan bantuan daripada zakat tidak dapat
diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Nasuhah reda dan tabah untuk menghadapi ujian yang dihadapi olehnya.
Pada 7 Julai 2018, hari yang dinantikan di mana permulaan hidup sebagai seorang mahasiswi
telah tiba. Nasuhah kelihatan begitu ayu memakai baju kurung bercorakkan bunga-bunga kecil pada hari
pendaftarannya di Universiti. Sebelum keluarga Nasuhah pulang, ayah Nasuhah ada berpesan bahawa mereka
tidak mampu untuk mengambil Nasuhah sekiranya tiba cuti panjang kerana pendapatan keluarga mereka
sekarang hanyalah cukup-cukup sahaja apatah lagi apabila Nasuhah sudah mula menyambung pelajaran di
Universiti, mesti lagi banyak duit yang perlu digunakan. Nasuhah faham akan perasaan ayahnya pada waktu itu
lalu mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak begitu kesah kerana faham akan masalah yang dihadapi oleh
keluarganya. Nasuhah kucup pipi ibu dan ayahnya buat kali terakhir sebelum mereka pulang. Tidak lupa juga
kepada adik-adiknya. Nasuhah memesan kepada adiknya agar mereka belajar bersungguh-sungguh dan jaga
kedua ibu bapa mereka. Lambaian yang terakhir dilemparkan kepada keluarga Nasuhah sehingga pandangan
mereka mula hilang. Apabila terkenang akan muka ibu dan ayahnya, Nasuhah berjanji akan belajar dengan rajin
agar nasib keluarganya akan berubah pada suatu hari. Itulah janji Nasuhah pada diri sendiri.
141