Page 152 - e-Dinamik
P. 152
CERPAN: KESEMPITAN HIDUP BUKANLAH JAMBATAN KEGAGALAN
Ahmad Khudzairi Khalid
Setelah menanyakan beberapa soalan, akhirnya Nasuhah tahu apa itu dropship dan apa tugasnya. Dropship
ialah “supply chain management” dimana Nasuhah hanya perlu mengiklankan barang yang dijual dan hanya
perlu mencari pelanggan sahaja. Nasuhah mula membuat akaun “Instagram” dan “Twitter”. Ini semua untuk
memudahkan kerjanya sebagai dropship di mana Nasuhah akan mula mengiklankan barang yang akan dijual
olehnya. Tidak semudah yang disangka, kerja sebagai dropship ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Susah
untuk menarik pelanggan. Kebanyakkan pelanggan akan menanyakan khabar lalu mendiamkan diri mereka.
Sudah beberapa hari Nasuhah menjadi agen dropship tapi dia tidak pernah mendapat satu pelanggan pun.
Nasuhah sudah hampir putus asa. Namun begitu, dia tetap usaha dan tawakal sepanjang menjalankan kerjanya
sebagai dropship. Alhamdulillah, berkat kesabaran Nasuhah, akhirnya dia memperoleh seorang pelanggan.
Beberapa bulan kemudian, perkhidmatan Nasuhah sebagai agen dropship semakin dikenali oleh orang ramai.
Nasuhah dapat memperoleh pendapatan sampingan yang agak lumayan. Cukuplah untuk perbelanjaannya di
Universiti.
Kini, hidup Nasuhah senang dan tidaklah seperti dahulu. Hal ini demikian kerana pendapatan
yang diperolehi oleh Nasuhah digunakan sebaik mungkin di Universiti. Masalah kewangan yang dihadapi
olehnya dapat dihadapi dengan sabar dan tabah. Janji Nasuhah untuk mengubah nasib keluarganya kini
semakin hampir tercapai. Dengan rintangan hidup yang dilaluinya ini, Nasuhah yakin dan percaya, dengan
usaha yang tidak pernah kenal erti penat, inshallah akan dipermudah segalanya.
143