Page 116 - e-Dinamik
P. 116

TAWAKAL DAN REDHA ITU PENTING,
                           TAPI USAHA HARUSLAH SEIRING

                                       Rosmawati Haron @ Harun

      Ramai yang berasa hairan kenapa saya beralih kepada bidang perancangan kewangan takaful keluarga. Soalan
      yang selalu ditanya adalah, adakah saya ingin menukar kerjaya? Adakah saya terlalu banyak waktu senggang?
      Ada juga yang bertanya soalan nakal seperti, adakah gaji pensyarah kanan di universiti awam tidak mencukupi?

      Semua soalan itu saya balas dengan senyuman kerana sejujurnya, saya menganggap kerjaya baru saya ini
      adalah satu tanggungjawab untuk menyebarkan kepentingan merancang kewangan keluarga di kalangan orang
      ramai, khususnya sahabat di keliling saya.



      Terdapat tiga pandangan tipikal daripada sahabat dikeliling saya; (1) soal kematian adalah isu taboo, (2)
      perlindungan insuran hanya sesuai untuk mendapatkan perkhidmatan hospital swasta, dan (3) penjawat awam
      tidak perlukan perlindungan kewangan kerana rawatan hospital kerajaan yang percuma dan kelebihan pencen
      semasa bersara. Pernah juga seorang sahabat memberikan alasan yang syarikatnya ada menyediakan

      kemudahan rawatan perubatan tanpa had di mana-mana hospital pakar bila perlu. Jadi, mengapa perlu
      mengeluarkan wang untuk sesuatu yang “sudah dimiliki” sedangkan wang itu boleh dibelanjakan ke tempat lain.
      Sengaja saya meletakkan tanda di perkataan “sudah dimiliki” kerana ia adalah satu poin yang sangat menarik
      untuk perbincangan. Adakah benar anda “memiliki” kelebihan itu? Pernahkah anda terfikir perkara berikut:

      1) Sehingga bilakah kita akan berkerja di syarikat tersebut?
      2) Jika kita cuti kerana sakit, berapa lamakah syarikat akan menanggung bil-bil hospital kita? 6 bulan? Setahun?
      3) Jika anda dipaksa bersara awal, cukupkah wang persaraan untuk membiayai perubatan anda? Bagaimana
         dengan komitmen yang lain?

      4) Selepas bersara, siapakan yang akan membayar bil-bil perubatan jika ketika itu kita telahpun mempunyai
         penyakit kritikal seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi?
      5) Anda sudah terbiasa dengan layanan istimewa di hospital insuran syarikat. Sanggupkah apabila bersara,
         anda menggunakan wang simpanan atau KWSP untuk mendapatkan layanan yang sama? Mungkin juga,

         anda tetap mahu meneruskan rawatan di hospital itu kerana rekod perubatan yang sedia ada.
      6) Apabila sudah bersara daripada syarikat tersebut dan anda mungkin sudah sakit, sanggupkah anda
         berhadapan dengan risiko membayar premium insuran yang lebih tinggi dari sekarang? Berkemungkinan
         juga permohonan anda tidak diluluskan.



      Sebenarnya, soalan di atas juga merangkumi kepada semua golongan dan lapisan masyarakat. Ia tidak terhad
      kepada golongan yang tertentu sahaja. Seringkali, isu ini dibiarkan bertangguh dan dipandang sepi. Dalam diam,
      kita mengharapkan ia akan berjalan sendiri tanpa tindakan (it will take care of itself) atau akan ada

      seseorang di luar sana sedia membantu apabila perlu.                                           107
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121