Page 112 - e-Dinamik
P. 112

AMALAN SEBELUM TIDUR

                                         Mas Ervina Samsudin



      Bila ada kelapangan saya akan menjengah bilik tidur anak-anak lebih-lebih lagi bila tibanya
      waktu untuk tidur. Adlina anak kedua dalam keluarga yang lebih mesra di panggil Angah.
      “Angah sayang, Ibu tahu Angah sudah boleh menghafal surah Al-Fatehah, surah Al-Ikhlas, Al-
      Falaq dan Annas” kataku kepada anak kedua ku yang berumur enam tahun. “Ya ibu” balas
      Angah sambil menoleh kearah ku dengan rasa kehairanan. “Mulai malam ini, sebelum Angah
      tidur, Ibu harap Angah dapat lakukan apa yang Ibu suruh. Ini semua amalan Nabi kita”
      kataku.


      Ok, apa tu ibu?” tanya Angah sambal merapati ku. “Mula-mula gosok gigi dengan ubat gigi.
      Ini perlu untuk mengelakkan gigi kita cepat rosak.” “Bagaimana gigi boleh rosak ibu?” tanya
      Angah kerana inigin tahu. “Disekeliling gigi kita ada banyak bakteria hidup yang akan
      memakan sisa-sisa makanan dicelah-celah gigi yang tidak digosok. Makanan yang dimakan
      oleh bakteria di tukar kepada asid. Asid inilah yang akan bertindak balas terhadap gigi dan
      menjadikan gigi rapuh dan rosak. Ini dipanggil karies gigi. Akhirnya gigi kan berlubang dan
      menjadikan gigi sakit” kataku. “Bagaimana gigi boleh sakit pula ibu?” tanya Angah lagi.
      “Apabila gigi telah berlubang, salur-salur darah dalam gigi akan terdedah. Oleh itu, jika ada
      butiran makanan yang menyentuh salur-salur darah tadi akan menyebabkan gigi sakit”
      balasku.

      “Selepas gosok gigi, perkara kedua yang Angah perlu lakukan ialah mengambil air wuduk. Ini

      adalah sunnah Nabi. Nabi Muhammad suruh kita lakukan sebagaimana hadis yang
      diriwayatkan oleh Barra bin Azib. Sabdanya, apabila engkau hendak tidur, berwuduklah
      terlebih dahulu seperti wuduk untuk sembahyang. Selepas itu, hendaklah membaca doa
      selepas wuduk.

      “Selepas doa tu dah boleh tidur ke Ibu?” tanya nya lagi. “Selepas doa wuduk dibaca, maka
      baringlah di atas tilam dengan keadaan bertelentang dan bacalah ayat-ayat berikut.
      Dimulakan dengan membaca Bismillahirrahmannirrahim. Pertama surah Al-Fatehah, kedua,
      surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, ketiga, baca surah Al-Falaq sekali dan keempat baca surah
      Annas juga sekali” kataku. Angah pun mula membaca surah-surah tadi satu persatu dengan
      lancar. “Selepas selesai baca semua surah tersebut, hendaklah kita berbaring mengiring ke
      kanan dengan menghadap ke kiblat dan meletakkan tangan kanan dibawah pipi kanan

      sambil berdoa, Ya Allah ku serahkan mati ku dan hidup ku untuk Mu ya Allah, dan boleh
      tidur” sambungku. Boleh angah amalkan? Tanyaku pada Angah. “Boleh boleh boleh, terima
      kasih Ibu” Angah membalas. Alhamdulillah.


                                                                                                     103
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117