Page 108 - e-Dinamik
P. 108
Bajet 2019 mensasarkan pelaksanaan cukai minuman bergula berupaya menambah hasil
negara. Kerajaan Filipina menganggarkan peningkatan hasil cukai bersih negara kesan tambahan
cukai minuman bergula sebanyak 41 bilion peso Filipina setahun. Kerajaan Malaysia berhasrat
menggunakan hasil cukai tersebut untuk menampung sarapan percuma dan sihat kepada semua
murid sekolah rendah yang membolehkan kanak-kanak bertenaga untuk memulakan sesi
persekolahan. Di Amerika Syarikat, hasil cukai ini digunakan untuk menyokong program pendidikan
nutrisi dan program berkebun di sekolah - sekolah dan organisasi tempatan untuk menggalakkan gaya
hidup yang lebih sihat.
Bagi pengilang mahupun pengimport minuman bergula pula, cukai minuman bergula
menyebabkan harga minuman menjadi lebih mahal. Ini menjadikan industri minuman ringan tidak
kompetitif dan mengalami kerugian akibat kurangnya permintaan. Pengeluar seperti PepsiCo dan The
Coca-Cola amat terjejas jualannya di negara-negara yang melaksanakan cukai ini. Di Denmark
berlaku penggangguran tinggi dalam industri minuman kesan permintaan yang rendah.
Rumusan
Cukai minuman bergula telah ditangguhkan pelaksanaannya kepada 1 Julai 2019. Dengan
reaksi dari masyarakat serta impak yang pelbagai, satu mekanisma pelaksanaan menyeluruh perlu
diperhalusi agar tiada pihak yang terbeban untuk memenuhi matlamat kesihatan negara. Jika
kerajaan berhasrat meningkatkan kesihatan awam, cukai sahaja tidak mencukupi. Kesepaduan di
antara elemen cukai dan bukan cukai dilihat lebih pintar menangani masalah kesihatan di Malaysia.
99