Page 106 - e-Dinamik
P. 106
7 Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu 6,000
bapa yang kurang upaya
Nota: Alat sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu
dan alat pendengaran tetapi tidak termasuk cermin mata dan kanta lekap.
8 Individu yang kurang upaya 6,000
Nota: Individu layak menuntut potongan ini sekiranya beliau telah disahkan secara
bertulis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai seorang yang kurang
upaya.
9 Yuran pengajian (sendiri) 7,000
- Selain ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (bidang tertentu)
- ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (sebarang bidang)
10 Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius 6,000
11 Pemeriksaan perubatan penuh (termasuk dalam pelepasan perbelanjaan 500
perubatan bagi penyakit serius).
12 Gaya hidup (Pembelian buku /jurnal / majalah /surat khabar bercetak, Pembelian 2,500
komputerperibadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan untuk
aktiviti sukan, bayaran bil bulanan bagi langganan internet).
13 Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun
dan ke bawah
Nota: Potongan ini dibenarkan khusus untuk pembayar cukai wanita dan
pelepasan terhad kepada RM1,000 walaupun individu berkenaan mempunyai
lebih daripada seorang anak.Pelepasan hanya dibenarkan sekali setiap dua (2)
tahun taksiran.
14 Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak- 1,000
kanak /tadika yang berdaftar
Nota: Potongan ini terhad kepada RM1,000 walaupun bilangan anak yang
memenuhi syarat-syarat tersebut melebihi satu. Sekiranya amaun tuntutan
kurang daripada RM1,000, amaun potongan yang dibenarkan adalah
terhad kepada amaun yang dibayar sahaja.
15 Suami / isteri / bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000
16 Suami / isteri yang kurang upaya (tambahan) 3,500
17 Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh (‘Deferred Annuity’) 3,000
Nota: Potongan ini berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga 2021.
Ingat: Pastikan segala resit dan dokumen bagi pelepasan dan rebat yang diperoleh bagi setiap tahun
taksiran perlu disimpan selama 7 tahun bagi tujuan audit.
97