Page 101 - e-Dinamik
P. 101

PROGRAM  MOTIVATIONAL TALK: REAL TIME WITH HAZE & HAIQAL
    Syed Khusairi Tuan Azam, Zarina Abu Bakar, Ahmad Marzuki Amiruddin Othman




                                                       Program  Motivational Talk: Real Time With Haze &

                                                       Haiqal ini telah diadakan di Dewan Sri Temenggong
                                                       (DST),  Universiti  Teknologi  MARA  Cawangan

                                                       Johor,  Kampus  Segamat  pada  20  Mac  2019.
                                                       Penglibatan  peserta  bagi  program  Motivational

                                                       Talk:  Real  Time  With  Haze  &  Haiqal  mendapat
                                                       sambutan  yang  sangat  menggalakkan  daripada
                                                       pelajar sendiri dengan  seramai 850 orang pelajar

                                                       telah  menghadirkan  diri  ke  program  ini.  Program

        motivasi ini telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, Prof. Madya Dr. Rahimah
        Binti Mohamed Yunos, dengan ucapan kata aluan dan
        sedikit  kata-kata  motivasi  bagi  membakar  semangat

        mahasiswa  mahasiswi  supaya  terus  berusaha  bagi
        mencapai  prestasi  akademik  yang  cemerlang  dan

        berusaha untuk menjayakan lebih banyak program yang
        dapat  memberi  input  kepada  mahasiswa.  Program  ini

        telah  mencapai  objektif  program  tersebut  di  mana
        memberi  peluang  kepada  mahasiswa  mendapat

        pengetahuan, maklumat dunia perniagaaan, pekerjaan atau perakaunan dengan lebih banyak.Selain
                                                        itu,  program  ini  telah  dapat  melatih  mahasiswa
                                                        memimpin  dan  melaksanakan  program  serta

                                                        latihan   berurusan   dengan    rakan   sebaya,

                                                        persekitaran,  dan  pihak-pihak  berkepentingan.
                                                        Seterusnya,  program  ini  telah  memupuk  sikap
                                                        berdaya saing, kepimpinan, profesionalisme dalam

                                                        kalangan  mahasiswa.  Program  ini  juga  dapat
                                                        menyuntik  semangat  mahasiswa  untuk  lebih

                                                        meraih kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
   92
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106