Page 97 - e-Dinamik
P. 97

PROGRAM MOTIVASI AL-KAHFI

                                  Prof. Madya Dr. Mohd Halim Kadri




          Penasihat akademik perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar di bawah seliaannya.
          Pertemuan rasmi dan tidak rasmi adalah sangat penting untuk menyampaikan nasihat dan menerima

          pandangan balas dari pelajar. Semua aktiviti menjurus kepada kecemerlangan akademik dan sahsiah
          pelajar.

          Bertitik tolak dari asas tersebut, satu program yang dinamakan Program Motivasi Al-Kahfi telah dijalankan
          pada 14 April 2019 bertempat di Bilik Seminar PTDI 1. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh

          Penasihat Akademik, Prof. Madya Dr. Mohd Halim Kadri ke atas pelajar-pelajar di bawah seliaannya dari
          kumpulan JAC1102C seramai 28 orang.

          Program tersebut telah diisi dengan perkara-perkara berikut:

          1. Sesi perkenalan ringkas.

          2. Penceritaan tentang kaitan peristiwa al-kahfi dengan peranan seorang pelajar.
          3. Maklum balas pelajar berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.
          4. Jamuan makan tengahari.



          Hubungan yang baik di antara penasihat akademik dan pelajar-pelajar di bawah seliaan sedikit sebanyak
          memberi ruang kepada peningkatan prestasi akademik dan sahsiah pelajar.

          Sekian, terima kasih





























   88
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102