Page 98 - e-Dinamik
P. 98
CONCEPT HUNT:
COMPETITION ON AGRICULTURAL-BIOLOGICAL ASSET
Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed Yunos
Sempena minggu “Week Without Wall” (WWW), Fakulti Perakaunan telah menjalankan program yang bertajuk
Concept Hunt: Competition on Agriculture pada 24 April 2019. Program ini dibuat dalam bentuk pertandingan
dalam kumpulan. Pelajar seramai 21 orang dari JAC1105B yang mengambil kursus Financial Accounting 5
(FAR320) dibahagikan kepada lima kumpulan. Pertandingan bermula di PTDI2 dimana soalan diperolehi dari
pustakawan. Setiap kumpulan perlu menjawab tiga soalan pengiraan dan enam soalan teori dalam topik
MFRS141 Agriculture. Kumpulan pertama yang menghantar dengan jawapan betul paling banyak dinobatkan
sebagai pemenang. Hadiah berbentuk wang tunai diberikan kepada tiga kumpulan teratas. Disetiap aktiviti
pertandingan, pelajar perlu mematuhi arahan pertandingan iaitu menghantar gambar ahli kumpulan sebelum
memulakan pertandingan, gambar ketika menjawab soalan, gambar bersama pustakawan selepas selesai
menjawab soalan, dan gambar mukasurat jawapan yang telah dicop dan ditandatangani oleh pustakawan.
Berdasarkan maklumbalas pelajar, program berbentuk pertandingan ini dapat meningkatkan minat
melaksanakan tugasan dan menjadikan mereka lebih aktif dan seronok dalam pembelajaran. Juga mereka
dapati hubungan rakan dalam kumpulan lebih erat. Respon positif ini amat menggalakkan kerana mungkin
masalah pelajar kurang respon di dalam kelas, isu ketidakhadiran ke kelas dan hubungan sesama pelajar yang
tiada kerjasama dapat diperbaiki melalui program seumpama ini. Program ini bukan sahaja dapat
‘menghidupkan’ pembelajaran yang biasa dibuat secara konvensional malah diharapkan apabila pelajar bersikap
lebih positif ia akan cenderung menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.
89