Page 103 - e-Dinamik
P. 103

SAMBAL PONTIANAK

                            Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed Yunos



          Unik ke nama sambal ni. Jika anda google nama

          sambal ni, semua gambar yang ditunjukkan tidak
          langsung menyerupai sambal Pontianak yang
          dimaksudkan.  Sambal ini di ajar oleh arwah
          nenek saya dan membuatnya juga ringkas.

          Sambal Pontianak ni guna 3 bahan utama sahaja
          dan sesuai dimakan dengan roti kosong.

          Bahannya hanyalah lada kering yang telah dikisar
          dengan bawang besar dan bawang putih.   Bila

          ditumis mesti minyak yang banyak supaya lada
          benar-benar garing. Tumiskan bawang besar
          yang dipotong dadu dahulu, dah naik bau
          masukkan lada yang telah dikisar tadi. Masukkan

          gula pasir dan garam sesedap rasa tapi sambal
          Pontianak ni sedapnya bila dia manis. Biarkan
          masak lama-lama di bawah api yang kecil. Masak
          hingga sambal tu bertukar warna dari merah

          kearah   kehitaman.  Tapi   jangan   sampai
          hanguslah! Tu tanda ladanya garing. Kalau tak
          garing bukan Pontianak namanya.


          Masa belajar di UiTM dulu, tiap kali balik ke
          kampus mesti bawak balik sebotol ‘nescafe’
          sambal ni. Boleh tahan 5 hari tanpa peti sejuk
          sebab dah masak lama kan. Zaman ini mungkin
          sambal Pontianak ni orang dah tak heran sebab

          dulu-dulu sambal hitam, sambal garing, sambal
          viral  dan  seumpamanya   tak  wujud   lagi.
          Cukuplah anda tahu sambal ini pernah wujud.

          Rindunya dengan arwah nenek.






   94
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108