Page 104 - e-Dinamik
P. 104

KUASAI ILMU SISTEM PENGURUSAN

                                           Siti Rahayu Sarman

                Setiap organisasi memerlukan sistem pengurusan yang berkualiti bagi memastikan operasi
        berjalan dengan baik, lancar, efektif dan efisien. Elemen utama dalam sesebuah organisasi adalah Visi,
        Misi dan juga Objektif yang merupakan tujuan utama kewujudan sesebuah organisasi. Pencapaian visi,
        misi dan objektif sesebuah organisasi dapat dilaksanakan dengan menggunakan kitaran PDCA.

                Kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Action) merupakan salah satu teknik atau kaedah melibatkan 4
        langkah yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Kitaran PDCA
        membolehkan sesebuah organisasi memastikan proses diuruskan dan mempunyai sumber yang
        mencukupi dan peluang-peluang untuk penambahbaikan ditentukan dan dilaksanakan. Konsep kitaran

        PDCA pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Walter A. Shewhart pada tahun 1930 yang disebut dengan
        Shewhart Cycle. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Dr. Walter Eward Deming dan dikenali
        sebagai The Deming Wheel.
                Kitaran PDCA boleh digunakan untuk semua proses dan kepada sistem pengurusan kualiti

        secara keseluruhan. Kitaran PDCA boleh dihuraikan secara ringkas seperti berikut:
          Plan            Mewujudkan objektif kepada sistem dan proses serta sumber yang diperlukan untuk
          (Rancang)       memberikan hasil mengikut keperluan pelanggan dan dasar organisasi.
          Do (Buat)       Melaksanakan apa yang dirancang.
          Check           Memantau dan proses mengukur produk dan perkhidmatan yang dihasilkan terhadap
          (Periksa) :     dasar, objektif dan keperluan dan melaporkan keputusan.
          Action          Mengambil tindakan untuk meningkatkan prestasi sekiranya perlu.
          (Tindakan)


                Kitaran PDCA ini juga sebenarnya dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan

        seseorang individu. Sebagai contoh, kita meletakkan matlamat atau objektif hidup kita untuk tempoh 3
        tahun, 5 tahun, 10 tahun atau mungkin 20 tahun akan datang. Setelah meletakkan matlamat atau objektif,
        kita akan mula membuat perancangan (Plan) perkara yang perlu kita lakukan untuk mencapai apa yang
        kita impikan. Setelah merancang, kita perlu berusaha untuk melaksanakan perancangan tersebut. Jadi
        elemen yang kedua adalah pelaksanaan (Do). Kita perlu berusaha supaya kita mencapai apa yang kita

        rancangkan.
                Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan jua yang menentukan. Anda setuju? Ya ianya
        benar, namun kita perlu sentiasa menyemak atau muhasabah, sama ada pelaksanaannya mengikut

        perancangan kita. Ini adalah elemen yang ketiga iaitu menyemak (Check). Akhir sekali adalah elemen
        penambahbaikan (Action). Jika kita tidak mencapai apa yang kita rancangkan, kita perlu mengambil
        tindakan pembetulan. Jika perancangan kita telah terlaksana dengan baik, kita juga perlu membuat
        penambahbaikan secara berterusan.


                                                                                                       95
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109