Page 109 - e-Dinamik
P. 109

HAMBA TANYA ALLAH JAWAB

                                             Fatimah Hashim

        KENAPA ALLAH TIDAK MENCIPTAKAN MANUSIA ITU SATU KAUM SAHAJA?


        Peperangan Israel-Palestin tiada berkesudahan. Ditambah pula peperangan lain seperti di Syria,
        Yaman, Iraq dan lain-lain lagi. Penindasan kaum turut berleluasa seperti penindasan ke atas Kaum

        Uyghur di China dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar. Itu tidak termasuk lagi kebencian ke
        atas kebebasan beragama seperti Islamophobia dan juga kejadian yang berlaku baru-baru ini iaitu

        pembunuhan beramai-ramai ke atas 50 umat islam yang sedang menunaikan solat jumaat di Masjid
        Christchurch di New Zealand sehingga membuka mata dunia keseluruhannya.



        Melihat kepada keadaan dunia hari ini yang tidak aman, penuh dengan kebencian di antara satu

        kaum dengan kaum yang lain, minda mula berfikir dan hati kecil mula bertanya, “kenapa Allah tidak
        menciptakan manusia itu satu kaum sahaja? Dengan anggapan apabila di dunia ini hanya ada
        satu kaum sahaja maka akan aman damailah dunia ini tanpa ada peperangan dan kebencian kerana

        tiada yang beranggapan kaumnya yang terbaik dan terpilih istimewa di dunia ini.

        Apabila merujuk kepada kitab suci Al Quran, ini jawapan yang ditemui.


        SURAH HUD AYAT KE 118

        “Jika Tuhanmu kehendaki, pasti Dia menjadikan manusia umat yang satu. Tetapi Dia tidak melakukan
        demikian) dan kerana itulah mereka berterusan berselisihan.”



        SURAH HUD AYAT KE 119

        “Kecuali orang yang telah dirahmati oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah menjadikan manusia.
        Dengan demikian sempurnalah janji Tuhanmu, “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam

        dengan dengan semua jin dan manusia (yang berdosa).



        Berdasarkan kepada dua ayat di atas, benarlah, sekiranya Allah kehendaki, pasti Allah akan
        menciptakan manusia umat yang satu sahaja. Tetapi Allah tidak berbuat demikian kerana Allah

        berpegang kepada janji iaitu Allah akan memenuhi neraka jahanam dengan semua jin dan manusia
        yang berdosa. Maka dengan itu, berterusanlah umat manusia di muka bumi ini berselisihan faham

        kecuali manusia yang dirahmati Allah.

   100
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114