Page 105 - e-Dinamik
P. 105

CELIK CUKAI: CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
                                     TAHUN TAKSIRAN 2019
                     Norhidayah Binti Abdullah dan Nor Hafizah Abd Mansor



  Bajet 2019 yang telah dibentangkan pada November tahun lepas telah berjaya memperkenalkan beberapa insentif
  cukai dalam usaha memakmurkan kesejahteraan rakyat serta memajukan negara. Ini termasuklah pelepasan cukai
  bagi pembayar cukai individu. Walaupun pelepasan ini akan mula dituntut pada bulan April mahupun Jun 2020,
  hakikatnya pembayar cukai individu sudah boleh merancang perbelanjaan tertentu pada tahun ini untuk
  meminimumkan cukai pendapatan kena bayar. Jadilah pembayar cukai yang bijak!


                                         Jenis Pelepasan                                  RM
         1    Diri sendiri dan saudara tanggungan                                         9,000
         2    Anak
              •    bawah 18 tahun                                                         2,000
              •    atas 18 tahun dan melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej       8,000
              •    kurang upaya (tidak berkahwin)                                         6,000
              •    kurang upaya dan melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej       14,000
              Nota: Melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi sepenuh masa tidak termasuk
              kursus matrikulasi/ pra Ijazah/ A-Level.
         3    Perbelanjaan rawatan perubatan untuk ibu bapa                               5,000
              Nota: Rawatan perubatan untuk ibu bapa kandung/ibu bapa angkat termasuk:
              -    Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan yang disediakan di
                   Malaysia;
              -    Rawatan pergigigian (mencabut gigi, menampal gigi, dan membersihkan
                   karang gigi).

         4    Ibu dan bapa (setiap ibu dan bapa)                                       1,500+1,500
              -    Ibu dan bapa bermastautin, berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan
                   tahunan tidak melebihi RM24,000 seorang setahun.

              -    Hanya anak kandung atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang layak
                   untuk menuntut potongan ini. Ibu bapa tiri tidak dibenarkan.
              -    Amaun pelepsan boleh dikongsi sama rata, jika terdapat lebih individu
                   menuntut pelepasan ini.

              -    Pelepasan ini boleh dituntut jika individu tidak menuntut pelepasan bagi
                   perbelanjaan rawatan untuk ibu bapa (rujuk Perkara 3)
         5    Simpanan dalam Skin Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)                     8,000
              Nota: Terhad kepada tabungan bersih yang dilakukan didalam sesuatu tahun
              taksiran sahaja (Simpanan tolak Pengeluaran).
         6    Simpanan KWSP/lain-lain kumpulan wang yang diluluskan dan insurans nyawa
              •    Simpanan KWSP/lain-lain kumpulan wang yang diluluskan
              •    Insurans nyawa                                                         4,000
              Nota: Premium atas polisi insurans nyawa diri sendiri atau suami/isteri sahaja   3,000
   96         dibenarkan. Premium polisi insurans nyawa atas anak tidak dibenarkan.
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110