Page 110 - e-Dinamik
P. 110
DAGING MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
Ida Suriya Ismail dan Ustaz Mohd Zainodin Mustaffa
Apabila berkata tentang makanan sunnah, kita pastinya akan terfikir tentang kurma tetapi daging juga tidak
ketinggalan menjadi makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Berdasarkan hadis, terdapat beberapa jenis daging
yang dimakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. tetapi artikel ini akan menerangkan berkenaan daging lembu, kambing,
ayam dan burung. Menurut hadis sahih riwayat Tirmizi dan Ahmad, Nabi Muhammad S.A.W. makan daging bakar
dan daging panggang. Antara hikmahnya, kolestrol dari daging yang dibakar akan cair dan keluar dari daging
tersebut. Dari sudut kesihatan, kolestrol dari haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan berbanding kolestrol dari
tumbuh-tumbuhan. Oleh yang demikian, kolestrol dapat dipisahkan dari daging apabila ianya dibakar. Selain itu,
membakar daging juga akan mematikan sel darah merah dan bakteria yang ada pada daging tersebut. Mematikan
sel darah merah adalah sangat penting kerana darah menggandungi racun yang boleh memudaratkan tubuh badan.
Umumnya, terdapat pelbagai bahagian daging pada lembu dan kambing yang boleh dimakan seperti daging
di bahagian belakang badan, daging tulang rusuk, daging di bahu dan daging di kaki. Dalam hadis riwayat Tirmizi
menjelaskan bahawa baginda turut menyukai daging bahagian belakang. Rasionalnya kerana daging bahagian
belakang adalah merupakan daging paling lembut, mempunyai lemak yang tidak tepu dan rasanya seolah-seolah
bermentega atau “buttery”. Ini kerana otot dibahagian belakang tersebut kurang bergerak yang menyebabkan ia
tidak keras atau pejal. Harga di pasaran bagi daging bahagian belakang ini juga agak mahal berbanding yang lain
kerana kualitinya yang baik. Daging yang paling digemari baginda ialah daging kambing. Ia adalah daging merah
terbaik yang mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Manakala
bahagian yang paling disukai baginda ialah bahagian lengan (kaki). Tirmizi meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a yang
menceritakan bahawa Nabi S.A.W. amat meyukai daging bahagian lengan. Antara sebabnya ialah kerana ianya
mudah empuk berbanding bahagian lain. Disamping itu, ianya mempunyai kolestrol yang rendah berbanding daging
lembu.
Selain dari lembu dan kambing, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah makan daging ayam. Struktur daging
ayam adalah unik kejadiannya berbanding daging lembu dan kambing. Ini kerana secara semula jadinya lemak
ayam hanya berada di kulitnya sahaja. Dagingnya tiada lemak dan tidak perlu dibakar untuk memisahkan lemaknya.
Daging ayam juga mengandungi protein yang tinggi dan paling cepat dihadamkan berbanding dengan daging yang
lain. Selain itu, Nabi juga makan daging burung hubara (leher dan paruhnya panjang). Rasionalnya daging burung
mempunyai kolestrol yang rendah dan ia juga boleh mencernakan kolestrol yang ada di dalam badan. Secara
rumusannya, daging merupakan sebahagian dari makanan yang dimakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. tetapi perlu
dimbil secara sederhana dan tanpa berlebih-lebihan. Pastikan juga makanan yang di ambil adalah seimbang.
Sumber di ambil dari Radio IKIM slot Rahmatan Lil ‘Alamin disampaikan oleh Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari.
101