Page 111 - e-Dinamik
P. 111

AHLI LEMBAGA PENGARAH WANITA DI MALAYSIA

                                              Nurul Azlin Azmi
    Pada tahun 2017, kerajaan Malaysia bersama Suruhjaya Sekuriti melalui tadbir urus korporat Malaysia
    telah menetapkan sasaran kepada syarikat awam di Bursa Malaysia untuk mencapai keseimbangan
    komposisi jantina iaitu sebanyak 30 peratus ahli lembaga pengarah dikalangan kaum wanita menjelang
    tahun 2020. Sasaran ini dilihat terdapat banyak faedah dan kelebihan yang bakal diraih oleh syarikat
    jika keseimbangan komposisi jantina ini berjaya dicapai. Antaranya, faedah dari perspektif modal insan
    dimana keseimbangan ini dapat membantu menutup jurang pemikiran, menghasilkan idea yang kreatif
    dan berimpak tinggi kepada syarikat sekaligus dapat menarik lebih ramai pelabur luar untuk melabur di
    Malaysia.

    Statistik dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menunjukkan bilangan graduan wanita di universiti
    adalah  lebih  tinggi  berbanding  kaum  lelaki.  Ini  telah  membuktikan  bahawa  kebolehan  kaum  wanita
    adalah  setanding  dengan  kaum  lelaki.  Malahan,  dewasa  ini  telah  menunjukkan  penglibatan  kaum
    wanita di dalam sektor pekerjaan yang dulu didominasi oleh kaum lelaki adalah tidak asing lagi. Justeru,
    kerajaan telah mengorak langkah dan menetapkan sasaran kepada syarikat untuk melantik pengarah
    dari  kalangan  wanita  untuk  bersama-sama  menerajui  syarikat  di  Malaysia.  Statistik  dari tadbir  urus
    korporat  2019  telah  menunjukkan  peningkatan  dari  segi  pengambilan  ahli  lembaga  pengarah  di
    kalangan kaum wanita di Malaysia, iaitu:




















    Diantara  syarikat  di  Bursa  Malaysia  yang  telah  melantik  ahli  lembaga  pengarah  dikalangan  wanita
    berpengaruh adalah Airasia Berhad dan Berjaya Asset Berhad. Pada tahun 2017, Airasia Berhad telah
    melantik usahawan terkenal Neolofa atau nama sebenar Noor Neolofa Mohd Noor sebagai pengarah
    bebas bukan eksekutif syarikat. Manakala, Berjaya Asset Berhad telah melantik kerabat diraja Johor
    iaitu melantik YAM Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi ahli lembaga syarikat.
    Secara keseluruhannya, syarikat di Bursa Malaysia hampir mencapai sasaran yang telah ditetapkan
    oleh  kerajaan  dalam mencapai  30  peratus  ahli lembaga  pengarah  dikalangan  wanita.  Statistik juga
    menunjukkan  peningkatan  secara  konsisten  dan  yakin  bahawa  syarikat  berjaya  mencapai  sasaran
    kerajaan menjelang tahun 2020.


   102
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116