Page 107 - e-Dinamik
P. 107
PELAKSANAAN CUKAI MINUMAN BERGULA
DI MALAYSIA
Nor Hafizah Abd Mansor
Pendahuluan
Menerusi pembentangan Bajet 2019 yang lalu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan cukai tidak
lansung terbaharu iaitu cukai minuman bergula yang pada awalnya dijangkakan pelaksanaannya pada 1
April 2019.
Cukai minuman bergula
Cukai minuman bergula atau sugary drink tax atau soda tax atau sugar-sweetened beverages tax
telah diperkenalkan oleh kerajaan Denmark pada tahun 1930an. Pelaksanaan cukai ini turut dikenakan di
beberapa negara maju seperti Perancis, Hungary, Mexico dan Australia. Tujuan utama cukai ini adalah untuk
mengatasi masalah kesihatan seperti obesiti, diabetis, penyakit jantung dan pembuluh darah.
Di Malaysia, cukai minuman bergula adalah duti eksais yang dikenakan ke atas barang-barang
tertentu yang dikilangkan di Malaysia serta barangan import yang tersenarai di dalam Perintah Duti Eksais di
bawah kepala kod 22.02 iaitu air minuman yang mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain (nilai
ambang gula melebihi 7 gram per 100ml) serta jus buah-buahan atau jus sayuran di bawah kepala kod 20.09
yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100ml. Kadar cukai yang dikenakan adalah RM0.40 bagi
setiap liter.
Kesan pelaksanaan cukai minuman bergula
Cukai minuman bergula ini akan dikenakan di peringkat pengilang mahupun pengimport. Ini akan
meningkatkan kos pembuatan. Di Perancis, pengenaan cukai ke atas minuman bergula pada tahun 2012
telah menyebabkan harga minuman bergula meningkat sebanyak 3.5%.
Dari sudut positif, pengurangan pengambilan minuman manis selari dengan kepekaan kerajaan
terhadap masalah kesihatan awam yang semakin meruncing. Hasil kajian yang dilakukan di Berkeley,
Amerika Syarikat menyaksikan cukai minuman bergula berjaya menurunkan pengambilan minuman bergula
sebanyak 52% selepas tiga tahun cukai tersebut diperkenalkan. Impak positif akan dapat dicapai di Malaysia
dengan pelaksanaan cukai ini memandangkan rakyat Malaysia merupakan paling gemuk di Asia Tenggara,
keenam di rantau Asia Pasifik dan di Asia serta menduduki tempat ke-17 di dunia bagi penduduk yang
mengalami kencing manis.
98