Page 99 - e-Dinamik
P. 99

MAJLIS APRESIASI DAN PENGHARGAAN
             “PROJECT FOR HAPPINESS: GREY OYSTER MUSHROOM”

           Syed Khusairi Tuan Azam, Datin Aryani Abdullah, Zarina Abu Bakar, Dr. Noor
                   Sufiawati Khairani, Siti Nordiyana Isahak, Roha Mohamed Noah




                                                          Majlis aprisiasi dan  penghargaan  “Project For

                                                          Happiness:  Grey  Oyster  Mushroom”  telah
                                                          diadakan pada 5 Mei 2019 di Bilik Sekretariat,
                                                          UiTM  Cawangan  Johor,  Kampus  Segamat.

                                                          Majlis  ini  bertujuan  untuk  meraikan  kejayaan
                                                          pasukan  UiTM  Cawangan  Johor  sebagai
                                                          pemenang tempat kedua kategori E ‘student’s

                                                          social  entrepreneurship’  di  bawah  Ministry
                                                          Educational  Award  (MEA)  2017.  Peserta
         “Project For Happiness: Grey Oyster Mushroom” layak bertanding dalam kategori ini  mewakili

         UiTM se-Malaysia. Majlis ini telah dihadiri oleh Rektor, Timb. Rektor BPJIA, Timb. Rektor HEP,
         Pihak  MASMED,  Pihak  PDK,  pensyarah

         dan pelajar perakaunan UiTM Cawangan
         Johor. Projek yang diusahakan oleh para
         pelajar    fakulti   Perakaunan     dengan

         penyeliaan  oleh  pensyarah  Perakaunan
         dan  pihak  MASMED  UiTM  Cawangan
         Johor.  Sepanjang  projek  ini  dijalankan,

         pihak  organisasi  luar  seperti  Pusat
         Pemulihan  Dalam  Komuniti(PDK)  dan
         PELADANG juga terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini dan usaha ini telah

                                                        membuahkan hasil apabila terdapat peningkatan
                                                        dalam pendapatan kasar pihak PDK. Inisiatif ini

                                                        tidak  hanya  dapat membantu  para  pelatih PDK
                                                        dalam menaiktaraf kebolehan dalam pekerjaan,
                                                        malah  telah  membuka  mata  seluruh  komuniti

                                                        bahawa kekurangan yang ada pada para pelatih
                                                        PDK  bukanlah  halangan  untuk  terus  berjaya

   90                                                   dalam kerjaya.
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104