Page 95 - e-Dinamik
P. 95

LAPORAN BENGKEL PELARASAN KURSUS FINANCIAL ACCOUNTING
             (FAR160, FAR210, FAR270 & FAR320) DAN FUNDAMENTALS OF

      INFORMATION TECHNOLOGY (AIS160) BERSAMA LIC KAMPUS PENGURUS
                  PELAKSANA (PP) DAN KOLEJ – KOLEJ BERSEKUTU (KKB)

         Fatimah Hashim, Henny Hazliza Mohd Tahir, Rosmawati Haron, Juyati Mohd Amin, Muhamad Ashaari Sukar, Syed
       Khusairi Tuan Azam, Filouz Hashim, Dr Noraizah Abu Bakar, Siti Masnah Saringat, Nini Suhana Mastini Razi, Mohamad
       Albar Bakar, Norfizah Othman, Zakiah Baharin, Musmailina Mustafa Kamal, Noor Hidayah Ab Aziz, Emelin Abd Wahid,
                                               Zarina Abu Bakar

     UiTM Cawangan Johor telah dilantik dengan rasminya sebagai Kampus Tunjang bagi Program
     Diploma Perakaunan (AC110) pada bulan Mac 2016. Sehubungan itu, UiTM Cawangan Johor

     bertanggungjawab untuk menyelaras penyediaan, penggubalan, pengumpulan dan penjanaan kertas
     soalan peperiksaan akhir. Oleh yang demikian, bengkel pelarasan kursus ini telah diadakan pada

     hari Isnin, 5 Ogos 2019 yang bertempat di Bangunan Sri Laksamana, UiTM Cawangan Johor adalah
     bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman kepada pensyarah di kampus pengurus

     pelaksana dan Kolej – Kolej Bersekutu berkaitan isi kandungan kursus berdasarkan kurikulum baru
     AC110.



     Lima kursus yang terlibat ini akan mula menggunapakai kurikulum baru bermula pada September

     2019, Mac 2020 dan September 2020. Bengkel ini juga dapat memastikan pelarasan di semua
     kampus bukan sahaja dari aspek skop pengajaran, malah teknik pengajaran dan kaedah penilaian
     yang berubah selepas semakan baru tersebut. Seramai 115 orang pensyarah dari UiTM Cawangan

     Johor, kampus pengurus pelaksana dan Kolej- Kolej bersekutu telah terlibat sepanjang bengkel

     tersebut diadakan bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.


     Bengkel ini dilihat sebagai satu program yang amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan

     pembelajaran dan juga penghasilan soalan peperiksaan akhir yang berkualiti

















   86
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100