Page 91 - e-Dinamik
P. 91
ACCOUNTING GIFT OF LOVE (AGOL):
CSR DARI FAKULTI PERAKAUNAN
Khadijah Yahya
Cetusan idea untuk program Accounting Gift of Love (AGoL) Fakulti Perakaunan datang dari mantan KPP
Fakulti iaitu Cik Zarina Abu Bakar. Beliau merasakan perlu ada suatu program kemasyarakatan yang
melibatkan ahli fakulti bersama untuk menyelesaikan sedikit bebanan pada masalah kewangan yang di
hadapi pelajar. Program ini bermula dari tahun 2017 dan di laksanakan sebagai program tahunan oleh
Fakulti Perakaunan.
Acara bermula dengan jualan barangan “Pre-loved” kepada warga UiTM Johor. Barangan “Preloved” ini
pula diperolehi dari sumbangan ikhlas dari ahli fakulti perakaunan dan warga UiTM Cawangan Johor. Hasil
jualan pula di gunakan untuk memberi makanan terutama sarapan pagi dan diedarkan pula kepada pelajar
yang datang ke booth yang di sediakan untuk mereka ambil secara percuma. Banyak manfaat dari
penganjuran program ini antaranya para pelajar yang bertugas menjaga booth pada hari jualan dapat
mangasah bakat keusahawanan dengan cara berinteraksi terus dengan para pembeli, dengan bimbingan
pensyarah yang terlibat dalam program ini. Para pelajar juga belajar untuk memberi manfaat kepada orang
lain dengan membeli barangan sambil menderma dan mencetuskankan rasa prihatin kepada rakan-rakan
mereka yang menghadapi masalah kewangan.
Penganjuran program ini di tambah baik dari tahun ke tahun. Bagi tahun 2019 ini, AGOL 3 dengan
tambahan cetusan idea baru dari KPP Fakulti Perakaunan PM Dr. Rahimah Mohamed Yunos kami
bercadang untuk meluaskan lagi saluran bantuan kepada masyarakat setempat di daerah Segamat yang
memerlukan. Bantuan kepada mereka akan di berikan pula dalam bentuk keperluan asas seperti beras,
minyak dan gula.
Akhir kata urus setia yang terlibat selama hampir 3 tahun dalam program ini melahirkan rasa terima kasih
kepada pihak pengurusan UiTM Cawangan Johor yang banyak membantu melancarkan perlaksanaan
program ini dan di harap program ini walau pun kecil sumbangannya dapat melonjak nama UiTM Cawangan
Johor dalam mempelopori kerja kerja kemasyarakatan.
82