Page 92 - e-Dinamik
P. 92
WEEK WITHOUT WALL: EYE-CATCHING NOTES COMPETITION
Norhidayah Abdullah, Nor Hafizah Abd Mansor, Fatimah Hashim,
Ida Suriya Ismail, Prof. Madya Dr. Syahrul Ahmar Ahmad
Fakulti perakaunan telah menganjurkan program Week Without Wall: Eye-catching Notes
Competition bagi kursus Taxation 1 (TAX267) yang mensasarkan pelajar semester empat Diploma
Perakaunan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Seramai 355 orang pelajar telah
mengambil bahagian di dalam program yang telah berlangsung pada 22 April 2019. Program ini
dikelolakan oleh pensyarah yang mengajar kursus TAX267 iaitu Puan Norhidayah Abdullah, Puan
Nor Hafizah Abd Mansor, Puan Fatimah Hashim, Puan Ida Suriya Ismail dan Prof Madya Dr
Syahrul Ahmar Ahmad. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi kebebasan
untuk memilih tempat bersesuaian di dalam kawasan kampus untuk menjalankan program ini.
Uniknya, program ini dibuat dalam bentuk pertandingan penghasilan nota kreatif bagi topik ‘Non-
Business Income’. Sehubungan itu, pelajar perlu membaca dan mencari maklumat lanjut mengenai
topik ini. Inisiatif ini selari dengan amanat tahun baru menteri pendidikan Malaysia 2019 iaitu
pembelajaran sepanjang hayat dengan membaca sekaligus meningkatkan pemahaman pelajar
mengenai topik ‘Non-Business Income’. Pemahaman dan maklumat yang diperolehi melalui
pembacaan diterjemahkan dalam bentuk nota kreatif menarik di atas helaian kertas di dalam
kumpulan. seterusnya, helaian nota kreatif perlu dihantar pada pensyarah-pensyarah bagi sesi
pengadilan untuk memilih kumpulan yang berjaya menghasilkan nota kreatif terbaik.
Sebanyak 10 kumpulan dengan nota kreatif terbaik telah dipilih sebagai pemenang dan hadiah
disampaikan sebagai tanda penghargaan juga nota kreatif tersebut dikongsikan sebagai rujukan
pelajar lain. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi
mencakna penguasaan ilmu dikalangan pelajar UiTM.
83