Page 14 - e-Dinamik
P. 14

UiTM JOHOR DAN UNILAK – KOLABORASI
                      MERENTAS SEMPADAN DI DALAM ERA IR4.0
                                               Ahmad Naqiyuddin Bakar


           Baru-baru ini, rakan kolaborasi strategik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor iaitu Universitas
           Lancang Kuning (Unilak) Pekanbaru, Indonesia menerusi Jabatan Pascasarjana Universiti tersebut
           telah menganjurkan International Seminar on Synergy of Universities in the Industrial Era 4.0.
           Seminar antarabangsa ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 30 Mac 2019, bertempat di Aula
           Pustaka kampus Unilak.


           Seramai tiga orang Rektor telah diundang sebagai pembentang kertas kerja di Seminar tersebut iaitu
           Rektor Universiti Teknologi MARA, Johor, Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar,
           Rektor Universitas Islam Bandung, Prof Dr. Edi Setiadi SH. MH, dan Rektor Unilak sendiri iaitu Dr.
           Hajah Hasnati SH. MH.

           Direktur Pascasarjana Unilak Prof Dr. Sudi Fahmi SH.MH melalui ketua panitia Dr. Ardiansyah
           memaklumkan kegiatan Seminar Antarabangsa ini telah dimulai sejak pagi dengan penyertaan para
           pensyarah Unilak sendiri dan peserta yang terdiri dari mahasiswa Pascasarjana Prodi Magister
           ManajemEncik dan Magister Hukum dan mahasiswa lainnya.


           Dalam Seminar ini, pembentangan Rektor UiTM Johor, Dr Ahmad Naqiyuddin adalah berkisar
           mengenai sinergi antara universiti dua Negara serumpun di era Industri 4.0. Seterusnya, Rektor
           Unisba, Prof Edi membahas tentang cabaran era Industri 4.0 merentasi universiti. Manakala bagi
           Rektor Unilak pula, Dr Hasnati telah mengupas tentang strategi Unilak dalam menuju sasaran sebagai
           Universiti unggul menjelang 2030.


           Ketika ini Program Pascasarjana Unilak telah menawarkan dua program iaitu Prodi Magister
           ManajemEncik dan Magister Hukum yang telah akreditasi B oleh pemerintah Indonesia. Memandang
           ke hadapan, kerja sama bestari antara UiTM Johor dengan Unilak akan terus diperkasa meliputi
           aspek pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, serta khidmat masyarakat dengan
           penglibatan pensyarah dan pelajar di kedua-dua Universiti serumpun ini.






















                                                                                                         5
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19