Page 17 - e-Dinamik
P. 17

INTERNATIONAL ACCOUNTING AND BUSINESS CONFERENCE
          2019
          Akmal Aini Othman


















          International Accounting and Business Conference atau lebih dikenali dengan IABC telah
          diperkenalkan oleh UiTM Johor bermula pada tahun 2008. Penganjuran pertamanya telah diadakan di
          Johor Baharu dan bermula daripada itu, konferensi ini terus diketengahkan dengan membawa tema
          berkisarkan kepada bidang Akauntansi dan Pengurusan Perniagaan.
          Tanggal 21-22 Ogos, 2019, telah menyaksikan IABC yang ke-6 dianjurkan diluar daripada Malaysia
          iaitu di Jakarta Indonesia. Buat julung kalinya UiTM Johor telah berkerjasama dengan univerisiti luar
          negara iaitu Indonesia Banking School (IBS) untuk menganjurkan konferensi pada kali ini. Sebanyak
          Sembilan universiti telah terlibat sebagai rakan kolaborasi dimana ianya melibatkan tujuh universiti
          daripada Indonesia dan dua universiti tempatan iaitu Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti
          Tenaga Nasional. Bertempat di kampus IBS yang terletak di Kemang Raya Jakarta, penganjuran kali
          ke-6 ini telah melibatkan sebanyak 77 manuskrip daripada tujuh buah negara yang membawa tema
          Towards Greater Transparency, Accountability and Sustainability in Financial Governance.

          IABC kali ini telah dirasmikan oleh Dr Solikin M. Juhro, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Institut
          Bank Indonesia. Beliau mewakili Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Puan Rosmayah Hadi yang tidak
          dapat hadir. Konferensi ini juga dihadiri oleh pengurusan tertinggi UiTM Johor yang diketuai oleh
          Rektor, Prof Madya Dr, Ahamd Naqiyuddin Bakar manakala pihak IBS pula, telah dihadiri oleh
          Pengerusinya iaitu Dr Subarjo berserta pengurusan tertinggi lain serta para pensyarah. Tidak
          ketinggalan juga wakil penaja bagi konferensi ini telah hadir sama bagi menjayakan konferensi kali ini
          iaitu Bank Indonesia, Indonesia Financial Services Authority, Indonesia Banking Development
          Foundation, Bank Tabungan Negara dan Wardah Cosmetic.

          Konferensi kali ini juga menyaksikan sebanyak enam Letter of Intention telah ditandatangani diantara
          UiTM dan univerisiti-universiti berikut: Institut Bisnis Nusantara, Universitas Bhayangkara Jakarta
          Raya, Trisaksi School of Management, Universitas Muhammadiyah Tangerang, Universitas Pancasila
          dan STIE Multi Data Palembang.
          Dua orang Keynote Speaker telah membentangkan kertas kerja yang berkisarkan kepada tema
          IABC2019. Pembentang pertama, Dr Solihin M. Juhro manakala pembentang kedua, Prof. Datuk Dr.
          Syed Othman Al Habshi, merupakan seorang pakar di dalam Perbankan Islam, ahli Lembaga
          Pengarah Universiti Kuala Lumpur.
          Sebanyak tiga kategori anugerah telah diberikan kepada peserta. Ianya adalah Best Paper Award,
          Best Presenter Award dan Best Virtual Award. Kesemua manuskrip yang menyertai konferensi ini
          akan diterbitkan di dalam salah satu jurnal-jurnal yang telah disediakan termasuklah Insight Journal,
          jurnal terbitan UiTM Johor.

          Dengan kerjasama Indonesia Banking School dan Bank Indonesia, konferensi ini mendapat liputan
          luas di media cetak akhbar nasional Indonesia seperti Koran Jakarta, Bisnis Indonesia dan
          Sindonews.



   8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22