Page 16 - e-Dinamik
P. 16

FIESTA SENI JOHOR 2019 BERI PELUANG
                 MAHASISWA SERLAHKAN BAKAT
                 Norshahniza Binti Sahari

           Performing Arts Club (PAC) telah menganjurkan program Fiesta Seni Johor (FiSeni) 2019 selama 4
           hari (24-27 Mac 2019) bertempat di UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat. Pelbagai aktiviti telah
           dijalankan seperti pertandingan berbalas pantun antara mahasiswa/siswi kampus Segamat,
           pertandingan nyanyian, pertandingan busana dan Clever Girl UiTM Cawangan Johor, bengkel
           solekan, pertandingan penulisan skrip dan karnival jualan.

           Antara tujuan FiSeni 2019 adalah untuk memartabatkan kesenian dan kebudayaan tradisional di
           kalangan mahasiswa agar tidak hilang ditelan zaman. Selain itu, ia bertujuan untuk menggilap bakat
           serta menghasilkan mahasiswa/siswi yang serba berkebolehan dan cemerlang bukan sahaja dalam
           bidang akademik malah bukan akademik.
           Salah satu kemuncak dan kejayaan aktiviti FiSeni 2019 yang turut memberi impak kepada Universiti
           adalah penganjuran Kem Kebudayaan Cilik selama 3 hari yang bertujuan untuk menjalin hubungan
           dengan komuniti setempat. PAC telah menjemput jurulatih professional dari Yayasan Warisan Johor
           bagi melatih tarian Zapin Johor kepada anak-anak kakitangan UiTM Caw. Johor dan turut menaja
           enam orang pelajar dari golongan kurang berkemampuan namun berpotensi dan berbakat dari
           Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Jementah.
           Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelakar (HEP), Encik Mohd Khairul Ariff bin Noh telah sudi
           menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup di Dewan Sri Temenggong yang telah diadakan dengan
           cukup meriah termasuklah persembahan khas tarian Zapin Johor oleh peserta-peserta Kem
           Kebudayaan Cilik.












































                                                                                                         7
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21