Page 15 - e-Dinamik
P. 15
FORUM MILLENIAL MARKETING MEMBERI INPIRASI
Che’ Khalilah Mahmood & Jaslin Md Dahlan
Pada 22 April 2019 yang lalu, forum Millenial Marketing telah dianjur bersempena Week Wihout Walls
di dewan kuliah LT1, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Forum ini merupakan salah satu
aktiviti yang perlu dijalankan pelajar bagi memenuhi keperluan kurus MKT 658 (Issues In Marketing)
yang diambil oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
semester 5. Hampir 200 orang pelajar dari pelbagai kursus telah hadir bagi memeriahkan majlis.
Forum ini telah dikendalikan oleh Cik Nur Diyana binti Dahalan dan Cik Nur Nabila binti Mohd Kasim
sebagai ketua projek dari kumpulan JBM2405A dan JBM2405B. Buat pengetahuan, perjalanan forum
ini adalah di bawah bimbingan dan seliaan pensyarah kursus iaitu Puan Jaslin binti Md Dahlan dan
Puan Che Khalilah Mahmood.
Pengamal industri yang telah dijemput adalah Encik Ubaidullah Jaafar dan Encik Muhammad Arif
Hanafi Sadan. Encik Ubaidullah Jaafar merupakan salah seorang individu yang berpengalaman luas
didalam pemasaran digital dan beliau aktif dalam memberi pelbagai jenis latihan pemasaran secara
digital sama ada secara langsung atau atas talian. Sementara itu, Encik Muhammad Arif Hanafi Sadan
yang merupakan alumni UiTM Kampus Segamat sendiri aktif dalam menjalankan perniagaan diatas
talian. Pelbagai informasi telah dikongsi oleh kedua-dua panel mengenai Millenial Marketing yang
menyasarkan pengguna-pengguna media sosial. Selain itu, mereka juga telah berkongsi tentang cara
mudah bagi memulakan peniagaan secara kecil-kecilan atas talian yang boleh dijalankan oleh para
pelajar bagi membantu mereka mempunyai pendapatan sampingan. Pelajar-pelajar yang hadir juga
berkesempatan bertanyakan pelbagai soalan yang menarik mengenai topik kepada ahli panel.
6