Page 20 - e-Dinamik
P. 20
MENANANGANI STRES DENGAN BERTANI
Zanariah Abdul Rahman & Akmal Aini Othman
Setiap agama memberi panduan khusus untuk menangani stres. Ada yang mengajar dengan
mengamalkan bacaan alquran, bersolat, meditasi, yoga, dan meluahkan perasaan kepada ibu bapa
rakan pakar dan sebagainya. Setiap org hampir.pasti merasai stres dalam kehidupannya. Yang penting
adalah bagaimana kita ingin menukarkan stres negatif menjadi positi dan mengekalkan sentiasa stres
positif yang sedia ada.
Bergaul dengan orang-orang yang positif serta mengamalkan cara hidup yang sihat juga adalah salah
satu cara yang mampu mengurangkan stres. Bergaul dengan orang yang positif akan menjadikan kita
lebih bermotivasi. Ianya dapat mengelakkan kita daripada memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
Memilih teman yang baik adalah perkara yang penting dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda,
"Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka
perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang
didampinginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
Selain itu, berbakti kepada tanah, melihat kepada kehijauan pokok-pokok di sekeliling juga memberikan
ketenangan kepada jiwa. Pertanian bukan sahaja boleh memberi faedah dan kesenangan hidup umat
Islam di dunia malah ia juga adalah satu ibadah yang tinggi nilainya. Ia adalah sedekah jariah di mana
pahalanya sentiasa bertambah. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiada seorang
Muslim pun yang bertani, lalu hasil tanamannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang,
melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Teknologi
pertanian terkini memberikan alternatif kepada semua untuk menjalankan aktiviti penanaman walaupun
dikawasan yang terhad. Majikan boleh memberikan kelonggaran untuk pekerja menjadikan aktiviti
menanam sebagai salah satu kegiatan sampingan untuk pekerja mereka. Contohnya, di UiTM Segamat,
Kelab Pensyarah mengusahakan satu tapak tanah dengan menanam tanaman herba dan sayuran
sebagai aktiviti masa lapang. Pensyarah yang stres boleh menghabiskan masa dengan melihat
kehijauan taman selain berbakti kepada tanah dan mengagumi keindahan ciptaan Tuhan.
Kesimpulannya, masalah stres adalah perkara biasa yang dialami oleh semua orang tidak kiralah pada
mana-mana peringkat umur dan pekerjaan. Yang membezakan adalah cara kita menghadapi dan
mengatasi masalah stres tersebut. Stres haruslah dikenalpasti diperingkat awal dan ditangani dengan
segera. Stres yang berterusan akan menyebabkan kemurungan serta membawa kepada peyakit mental
dan fizikal. Oleh itu, amat penting bagi sesuatu organisasi untuk bersama-sama berusaha
mengurangkan stres dikalangan pekerja dan menjadikan tempat kerja lebih kondusif dan harmoni.
11