Page 21 - e-Dinamik
P. 21
MEMPROMOSI KESIHATAN YANG
BAIK KEPADA GOLONGAN ORANG
MUDA
Noorita Mohamad
Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1997 memaklumkan bahawa orang muda melalui
pertumbuhan dan pembangunan zaman kanak kanak ke dewasa (remaja) yang mempunyai ciri yang
saling berkait dengan perubahan badan, minda dan hubungan sosial. Ini bermaksud pada peringkat
perkembangan fizikal, saikologi dan seksual, anak muda beransur mengambil tanggungjawab bagi
menjaga kesihatan diri mereka sendiri. Amalan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan akan
memberi mereka impak pada status kesihatan mereka pada masa kini dan dalam jangka masa
panjang. Ramai orang muda melibatkan diri dalam pelbagai tabiat yang tidak sihat seperti bermain
komputer berjam jam, senaman dan rehat yang tidak mencukupi dan mengamalkan tabiat seperti
merokok. Andainya amalan ini berterusan, ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang buruk.
Ramai remaja pada masa kini dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit
pernafasan, kanser, sakit sendi, kemurungan dan gangguan saikologi. Namun begitu adalah lebih
sukar bagi orang dewasa untuk mengubah tabiat mereka yang tidak sihat seperti yang mereka
amalkan pada usia mudanya.
Apa yang paling utama adalah bagaimana cara untuk mempromosikannya kepada golongan muda.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada risiko kesihatan orang dewasa yang boleh
dikenal pasti pada peringkat awal. Justeru itu, intervensi awal perlu untuk mereka berubah dalam
menghadapi risiko kesihatan di kemudian hari. Oleh itu, promosi tingkah laku sihat yang mensasarkan
kepada golongan orang muda adalah sangat penting. Orang muda perlu dicabar untuk mengambil
tanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan diri mereka. Aktiviti pembentukan gaya hidup
individu dan penentu status kesihatan termasuklah mengambil alih tanggungjawab ke atas diri mereka
sendiri, mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan mengekalkan amalan pemakanan yang baik.
Remaja perlukan keseimbangan dalam membangunkan kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial selain
dari sudut cara berfikir, moral dan estatika.
Remaja di UiTM Segamat bertuah sebenarnya kerana menikmati persekitaran yang bersih. Remaja di
UiTM Segamat, umumnya dianggap bebas daripada pencemaran dan penyakit kerana terpelihara
dengan persekitaran yang baik. Walaubagaimanapun, ada sebahagian ibubapa yang mempunyai
anak remaja yang sedang belajar di UiTM Segamat masih bimbang terutama dengan tahap cara
pemikiran pembangunan remaja dan program kesihatan yang khususnya yang masih terhad ditujukan
untuk golongan muda ini. Remaja kini masih lemah dalam menguruskan kesihatan dan emosi mereka
dan mungkin menjadi tidak selesa atau menjadi tertekan apabila mereka berdepan dengan masalah.
Menurut kajian mendedahkan bahawa remaja lelaki di UiTM Segamat, lebih bersemangat melakukan
aktiviti senaman fizikal berbanding wanita. Hanya 68 dan 60% remaja lelaki dan perempuan masing
masing, makan sarapan pagi atau makan buah-buahan setiap hari. Dua pertiga remaja di UiTM
Segamat, biasanya tidak tidur sebelum tengah malam. Kesan langsung dari tingkah laku tidak sihat ini
tidak disedari mereka. Sebaliknya, kesannya berkembang seumur hidup, timbul di dalamnya pada
akhir umur apabila terlambat untuk memulihkan kesihatan mereka. Bantuan boleh diberikan dengan
memperbanyakan aktiviti kesedaran kesihatan atau mendaftarkan mereka menyertai pelbagai
kumpulan yang diketuai pakar pakar yang terlatih. Mereka perlu dinasihatkan untuk sentiasa
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menerapkan amalan kesihatan yang baik dalam diri kita akan
menentukan arah kehidupan yang kita mahukan.
12