Page 25 - e-Dinamik
P. 25

UiTM JOHOR – MENCORAK


          PERUBAHAN,  MELAKAR DESTINI


          Ahmad Naqiyuddin Bakar

          Pendidikan merupakan wasilah pembangunan bangsa dan negara, di mana modal insan adalah
          sumber kecemerlangan bakat bagi mempelopori aspirasi Malaysia ke arah negara maju
          berpendapatan tinggi. Mengambil pedoman dari falsafah Universiti Teknologi MARA (UiTM) bahawa
          setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai
          murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan
          diri, masyarakat dan negara, UiTM Johor komited menggalas amanah dalam penghasilan graduan
          yang menyumbang kepada sektor ekonomi negara amnya dan negeri Johor khususnya.
          UiTM Johor boleh berbangga kerana sejak penubuhannya pada 15 Disember 1983 dengan jumlah
          pelajar sekitar hanya 400 orang ketika itu, ribuan graduan Bumiputera yang dihasilkannya kini telah
          pun menjadi aset terpenting negara di pelbagai sektor industri, sama ada awam mahu pun swasta.
          Selaras dengan dasar tadbir urus korporat baru, UiTM Johor berpengalaman mengendalikan majlis
          konvokesyennya di Kampus Segamat. Jika disoroti sejarah awal penubuhan yang pada ketika itu
          hanya menyewa bangunan kedai di sekitar Bandar Segamat, UiTM Johor hakikatnya telah melalui
          susur galur unik dan mencabar. Mula berpindah ke kampus tetapnya pada 1 Jan 1990, sehinggalah
          pekan Segamat kini telah diangkat statusnya menjadi perbandaran, lokasi UiTM Kampus Segamat di
          pinggir bandar sentiasa berdepan cabaran persepsi terhadap keupayaan dan keberhasilannya selaku
          sebuah Universiti.
          UiTM Johor terus berkembang pesat dengan pembukaan sebuah lagi cawangan kampus tetapnya di
          Pasir Gudang, pada Mei 2014.    Kampus modEncik yang dibangunkan secara konsep Inisiatif
          Pembiayaan Swasta atau Private Finance Initiative (PFI) ini dilengkapi segala bentuk infrastruktur
          canggih menawarkan program kejuruteraan (mekanikal, elektrikal, awam dan kimia) selain program
          Pengurusan dan Perniagaan (dengan pengkhususan dalam bidang pengangkutan) bermatlamat
          memperkukuh penghasilan modal insan Bumiputera dalam bidang profesional secara berterusan.
          Dengan jumlah pelajarnya sekarang hampir mencecah 10, 000 orang, UiTM Johor amat berbangga
          kerana mendapat sokongan padu dan berterima kasih kepada pengurusan tertinggi UiTM, YB Menteri
          Pengajian Tinggi, Kerajaan Malaysia, rakan strategik seperti pihak alumni, pemain industri,
          penyumbang dana dan semua pihak berkaitan yang telah membawa UiTM Johor sehingga ke tahap
          ini.
          Kampus Simfoni Alam, Digital dan Bestari

          Bersesuaian dengan Kampus Segamat yang lokasinya di kelilingi alam semula jadi, tema Simfoni
          Alam telah diangkat sebagai identiti UiTM Johor.  Kini, selepas melewati tiga dekad beroperasi,
          mengambilkira perkembangan teknologi dan pembukaan Kampus Pasir Gudang, UiTM Johor
          melakukan penjenamaan semula yang secara dasarnya masih mengekalkan konsep sedia ada,
          dengan menambah dua lagi elemEncik iaitu “digital” dan “bestari”.
          Pada hemat penulis, adalah satu kemestian bagi setiap warga UiTM Johor di kedua-dua kampus
          Segamat dan Pasir Gudang memahami setiap keutamaan yang telah digariskan di dalam Amanat
          Tahun Baru Naib Canselor 2019 demi menyerlahkan keupayaan sumber modal keintelektualannya.
          Pada masa yang sama, tema Simfoni Alam, Digital dan Bestari harus tersisip atau terjalin kemas di
          segenap aspek perancangan dan pelaksanaan strategi yang dibuat.
          “Simfoni alam” merujuk kepada usaha berterusan bagi mencakna keunikan alam semulajadi Kampus,
          keharmonian persekitaran dan kesalingan hubungkaitnya dengan insan dan keagungan Tuhan, ke
          arah masa depan yang lestari. Konsep “digital” pula berpaksi kepada usaha memupuk keutuhan,
          kreativiti dan eko-sistem kampus yang bersifat inovatif untuk semua pihak berkepentingan dalaman
          dan luaran Universiti. Manakala, “bestari” pula berkait dengan usaha menyemarak proses Pengajaran
          & Pembelajaran, Penyelidikan & Inovasi, Khidmat Masyarakat dan Penyampaian Perkhidmatan
          berpaksi kepada keintelektualan, dan kepelbagaian kecemerlangan bakat.


   16
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30