Page 27 - e-Dinamik
P. 27

MENGHADAPI GELOMBANG


          REVOLUSI INDUSTRI 4.0


          Rudza Hanim Mohamed Anuar

   Revolusi Industri 4.0 menjadi agenda utama dalam sektor pendidikan dalam negara dalam bagi mempersiapkan
   graduan yang bakal bersaing dalam dunia pekerjaan, agar dapat memenuhi keperluan industri masa kini.  Bagi
   menrealisasikan agenda tersebut, kita tidak boleh hanya bergantung kepada teknologi yang tinggi dan sofistikated
   malahan ia juga memerlukan daya penyampaian oleh pengajar yang kreatif dan berinovasi. Dua elemEncik penting
   yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan selaras dengan agenda ini ialah aspek etika dan moral yang
   merupakan kunci kepada tranformasi digital era Revolusi Industri 4.0.

   Revolusi Industri 4.0 bukanlah suatu yang sukar untuk diadaptasi. Sejarah telah membuktikan bahawa revolusi Sains
   juga pernah berlaku dalam dunia Islam iaitu sekitar abad ke 8 hingga abad ke 14 yang dikenali juga sebagai The
   GoldEncik Age. Ketika revolusi sains ini, antara aspek penting yang membangunkan kemajuan Sains dalam
   masyarakat Islam ketika itu ialah moral dan etika yang berlandaskan agama Islam, sesuai dengan cara hidup mereka.
   Dari masa ke semasa, dunia telah menyaksikan kepesatan peningkatan teknologi yang telah berjaya merubah
   kehidupan manusia ke satu tahap yang lebih maju. The German Ideology hasil tulisan ahli falsafah ekonomi politik
   terkenal, Karl Marx dan Friedrich Engels sekitar tahun 1846 menyatakan: “Technology would make it possible to
   eliminate the distinctions betweEncik town and country, oil baron and roughneck, investment banker and garbage
   collector, and create society in which one could “hunt in the morning, fish in the afternoon, rear cattle in the evening,
   criticize after dinner”. Falsafah ini menjelaskan bahawa pergantungan kepada teknologi semata-mata tanpa nilai moral
   dan etika, hanya akan melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab serta hanya mementingkan diri sendiri.

   Kesan kepada fasa peralihan revolusi perindustrian pertama (bergantung kepada mesin berkuasa wap), revolusi
   perindustrian kedua (kuasa elektrik), dan revolusi perindustrian ketiga (berasaskan teknologi maklumat dan komputer),
   masih dapat dilihat dengan jelas masa kini, seperti pencemaran air, udara dan tanah. Sebagai contoh, kes
   pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Johor Bahru, yang menjejaskan lebih kurang 4,000 orang penduduk
   sekitar termasuk pelajar sekolah dari 111 buah sekolah. Inilah kesan daripada hilangnya nilai moral dan etika dalam
   diri manusia yang lebih mengejar keuntungan. Manakala di dalam sektor komunikasi dan teknologi maklumat, gejala
   penularan fitnah dan berita palsu menjadi isu hangat yang semakin membimbangkan dan sehingga kini masih
   berleluasa sarta belum ada jalan penyelesaiannya.
   Revolusi Industri 4.0 menyaksikan bahawa analisis big data, integrasi sistem, cloud dan Internet of Things (IoT)
   merupakan elemen-elemEncik penting yang bakal merancakkan lagi kemajuan teknologi dunia. Justeru itu, peranan
   pendidik adalah sangat penting bagi memastikan universiti mampu melahirkan graduan yang menjadi ‘pemain utama
   industri’ serta mampu mentadbir negara dengan baik dalam era Revolusi Industri 4.0. Namun begitu pergantungan
   kepada kecanggihan teknologi semata-mata tidak boleh dijadikan sandaran ke arah negara maju, sebaliknya malahan
   perlu juga kepada penerapan nilai etika dan moral adalah penting supaya kita tidak terjerat menjadi “hamba teknologi”.


   Rujukan
   C. Sheila Rani. (2017, September 11). Celik Industri 4.0. Utusan.com. Retrieved from http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-industri-4-0-
   1.524994
   Fukuyama, F. (1992). The End of History and the Last Man. London: Penguin Group.
   Masood, E. (2017). Science and Islam a History. United Kingdom: Icon Books Ltd.
   Mohamed Farid Noh. (2019, March 19). Sungai Kim Kim Bebas Sisa Kimia. Berita Harian. Retrieved from
   https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542996/sungai-kim-kim-bebas-sisa-kimia
   Nation. (2019, May 17). Malaysians Ignore Journalism, Prefer Social Media, and are Falling Victim to Fraud. The Star. Retrieved from
   https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/05/17/csm-malaysians-ignore-journalism-prefer-social-media-and-are-falling-
   victim/#4dXFull54qI2tx74.99
   Pendidik2u.my (2018, October 16). Memacu Pendidikan di Era Revolusi Industri 4.0. Pendidik2u. Retrieved from
   https://www.pendidik2u.my/memacu-pendidikan-di-era-revolusi-industri-4-0/







   18
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32