Page 32 - e-Dinamik
P. 32

SAMBUNGAN - 3





          Kalau dirumah, waktu sebegini, aku masih enak dibuai mimpi, namun sebagai seorang usahawan
          mereka bukan sahaja harus cekal tetapi berdisiplin, ternyata fikiran aku selama ini meleset, aku fikir
          jika bekerja sendiri, sukahatilah mahu bekerja pukul berapa, syarikat ini aku yang punya. Mungkin
          kerana pemikiran ini, terjawab mengapa kadang kala sesuatu perniagaan itu kurang berjaya. Mentaliti
          makan gaji seperti aku juga harus diubah untuk menjadi seorang yang berdisiplin juga.

          Hari ini hari bertuah kepadaku, kerana aku dapat melihat sendiri bagaimana proses penghantaran ikan
          siakap kepada pemborong. Lori dengan muatan 1000 kilogram diubah suai mempunyai tong ikan yang
          tersusun rapat dimana tong ikan ini mempunyai saluran oksigen dan berais, ini kerana, ikan siakap
          akan diberi ubat pelali agar tidak agresif dan berada didalam keadaan yang tenang sekiranya suhunya
          sekitar 16 darjah celcius. Ikan siakap yang seberat 400 gram – 600 gram dalam tempoh 12 bulan.
          Kadangkala, beratnya mencecah 1 kilogram hingga 3 kilogram bergantung kepada lemak dan tahap
          pembesaran 18 hingga ke 24 bulan. Ubat pelali yang diberikan tidak berbahaya kepada manusia
          kerana tidak mengandungi bahan kimia, ianya diperbuat dari bahan botanik, dan kesannya hanya
          untuk melalikan siakap dari bertindak agresif sepanjang proses penangkapan. Sebelum proses
          penghantaran, ikan siakap akan digredkan mengikut berat dan juga saiz. Ini memudahkan proses
          penjualan dan penentutan harga kepada peruncit. Setelah selesai, ikan siakap ini akan dimasukann
          dalam tong-tong berisi air dan dihantar segar ke restoran dan hotel yang termuka di Kuala Lumpur.
          Hari ini, sesuatu yang baru ku belajar, bukan sahaja kecekalan dan ketabahan sahaja diperlukan,
          tetapi keintelektualan dan daya kreativiti diperlukan dalam perlaksanaan proses ini, dimana lori ini
          diubah suai untuk memastikan proses dan kualiti ikan dihantar begitu juga proses penggredan ikan
          memerlukan ketelitian agar kepuasan dari pihak pelanggan dapat dipenuhi.
          Seminggu di Pengkalan Gelap Setiu, membawa seribu pengertian kepada kehidupan ini, mengajar
          aku erti keinsafan ciptaan Allah S.W.T, ketabahan, kecekalan, jati diri dan juga displin yang tinggi
          diperlukan. Sikap merendah diri dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
          menjadikan seorang usahawan perternakan ikan siakap mengungguli bidang perternakan ikan tawar
          di Malaysia. Tidak sabar untuk berkongsi cerita bersama anak bangsaku, semoga ianya menjadi
          pemangkin semangat dan motivasi kepada pelajarku yang ingin menceburi bidang ini. Laguna Gong
          Batu, Setiu  aku tinggalkan dengan seribu kenangan. Lubuk emas ini menjadi medan kepada
          perternak untuk meraih rezeki, walaupun mereka bermandi peluh dek panas mentari, aku percaya
          sumber semulajadi kurniaan yang tidak terhingga buat umatnya. Aku tersenyum puas, menjumpai
          sesuatu pengalaman yang paling berharga.



















                Penulis di atas fiber (bot laju) untuk proses  Proses Pelalian dan penangkapan ikan siakap.
                pengkelasan ikan.






                                                                                                       23
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37