Page 33 - e-Dinamik
P. 33

IBU



               Siti Farrah Shahwir

                      Ibu…
                      Panggilan indah bagi seorang wanita
                      Dipandang tinggi di sisi Illahi

                      Namun perjuangannya tidak pernah lurus
                      Ada sahaja liku dan duri menanti di sisi perjalanan
                      Segala liku dan duri harus ditempuhi
                      Bukannya satu pilihan untuk mengelak
                      Segalanya mesti…

                      Ibu anak satu masih kuat lagi
                      Dibelai dimanja dan dijaga dengan rapi
                      Seekor nyamuk tak diberi izin mendekati pujaan hati.

                      Ibu anak dua masih mampu mengawal hati
                      Seorang merajuk ada tangan kiri untuk membelai
                      Seorang menangis ada tangan kanan untuk memeluk
                      Sesekali nyamuk hinggap dah tak boleh buat apa

                      Ibu anak tiga mula tepuk dahi
                      Tak tahu dimana harus bermula dan mengakhiri
                      Kadang tidur malam berjaga sepuluh kali
                      Ada waktu tidur disisi anak-anaknya,
                      Bila terjaga badan sudah beralih tidur dikaki anak-anak
                      Sampai datang penat,
                      Akhirnya peluk bucu katil meratapi nasib sendiri.

                      Oleh itu anakku,
                      Santuni ibumu sewajarnya
                      Ibumu tak pinta rumah banglo dan kereta Ferrari
                      Ibumu tak harap tudung Duck Scarves untuk digayakan setiap hari
                      Cukuplah setiap doamu ada ingatan buat ibu.
























   24
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38