Page 34 - e-Dinamik
P. 34
KISAH AUTISME FAHIM
Che’ Khalilah Mahmood
Nor Haliza Hamzah
• Bulan April telah diumumkan sebagai bulan kesedaran autisme, namun masih ramai lagi yang
kurang memahami apakah itu autisme. Majoriti masyarakat mempunyai tanggapan yang
negatif terhadap kanak-kanak istimewa ini. Mereka dilihat sebagai kanak-kanak yang nakal,
ganas dan sukar untuk dikawal, malahan tidak sebijak kanak-kanak normal yang lain. Namun,
terdapat segelintir masyarakat yang berupaya melihat sisi lain kanak-kanak ini dimana
mereka dianggap lebih bijak atau genius!. Jadi, apakah sebenarnya autisme?
• Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan
• perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang
• kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku
• (Nursyazwani, 2018). Mengikut definisi ini, kanak-kanak yang mempunyai
• autisme berada di dalam sebuah spektrum. Spektrum? Teringat pula
• eksperimEncik sains semasa di sekolah dahulu dimana kita menghalakan cahaya
• ke sebuah prisma dan hasilnya adalah biasan cahaya yang mempunyai
• pelbagai warna yang cantik seperti pelangi. Begitulah gambaran yang tepat
• mengenai kondisi kanak-kanak yang mempunyai autisme. Ia adalah sebuah
• spektrum di mana setiap kanak-kanak yang mempunyai autisme mengalami
• keadaan, cabaran dan isu perkembangan yang berbeza.
• Ini adalah kisah Fahim, anak sulung saya yang berusia 7 tahun dan disahkan mempunyai
ASD. Fahim dilahirkan seperti kanak-kanak yang normal yang lain. Namun, semakin usianya
bertambah, naluri ibu merasakan perkembangan Fahim tidak seperti kanak-kanak lain. Pada
usia tiga tahun, Fahim masih belum dapat berkomunikasi. Ya, Fahim boleh bercakap, tetapi
tidak boleh berkomunikasi. Kenapa? Itulah persoalan yang selalu berada diminda. Kenapa
Fahim susah untuk dikawal? Kenapa Fahim tidak pandai melakukan perkara yang mudah
seperti makan dengan sendiri? Kenapa Fahim tidak pandai minum air menggunakan gelas?
Kenapa Fahim sangat memilih makanan? Kenapa Fahim tidak mahu berkawan dan tidak
memperdulikan kanak-kanak lain? Pelbagai persoalan yang semakin hari semakin bertambah
timbul mengenai perkembangan awal Fahim, kerana Fahim amat berbeza dengan kanak-
kanak seusianya. Tanpa disedari, sebenarnya, itulah di antara tanda-tanda autisme.
Maafkan mama Fahim kerana lambat bertindak.
• Ini adalah pengalaman pertama saya dan suami membesarkan anak, jadi pada mulanya kami
tidak cakna mengenai autisme dan berharap perkembangan Fahim akan menjadi normal
seperti kanak-kanak lain pada satu hari nanti. Namun sangkaan kami ternyata
• salah apabila Fahim masih lagi mengalami masalah yang sama walaupun
• sudah berusia lima tahun. Semasa di tadika, cikgu memaklumkan bahawa
• Fahim mempunyai masalah untuk belajar dan berkawan. Fahim tidak
• dapat mengikuti proses pembelajaran di tadika, walhal ketika di rumah
• Fahim sudah pandai membaca dan mengira. Selain itu, setiap pagi
• Fahim akan menangis seakan-akan tidak suka ke tadika. Tuhan sahaja
• yang tahu pergelutan yang kami hadapi setiap hari untuk menghantar
• Fahim ke sekolah sehinggalah kami mendapat nasihat daripada seorang
• doktor berdasarkan pemerhatian beliau terhadap Fahim. Setelah mendapat surat rujukan
daripada doktor tersebut, maka bermulalah perjalanan kami untuk membantu Fahim. Maafkan
mama Fahim kerana lambat bertindak. Sekarang kami lebih berpengetahuan mengenai
autisme melalui pengalaman ini. Oleh itu, jika anda merasakan sebarang keraguan tentang
perkembangan anak anda silalah bertindak segera untuk mendapatkan nasihat daripada
doktor kerana kanak-kanak autisme perlu dibantu seawal mungkin bagi memperoleh kesan
yang terbaik.
• 25